83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Oktober 2021                                Analisis Sesi Petang

 

Dolar Kanada meningkat susulan dengan prospek ekonomi yang positif.

Dolar Kanada melonjak berbanding dengan dolar AS berikutan dengan prospek ekonomi yang positif. Menurut kepada Reuters, peningkatan inflasi dan pemulihan dalam pasaran pekerjaan telah meningkatkan spekulasi bahawa Bank Pusat Kanada (BoC) akan memulakan peningkatan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan. Spekulasi tersebut telah tercetus selepas tahap inflasi Kanada berlegar di paras atas julat yang ditetapkan oleh BoC sebanyak 1%-3% bagi enam bulan berturut-turut. Bagi bulan September, kadar inflasi telah meningkat kepada paras yang tertinggi di dalam tempoh 18 tahun yang lalu iaitu sebanyak 4.4%. Tambahan pula, pasaran pekerjaan Kanada juga menerima momentum kenaikannya ke tahap pra-pandemik. Menurut kepada Kajian Prospek Perniagaan Bank of Canada, syarikat meramal bahawa permintaan bagi produk dan perkhidmatan dijangka untuk mengukuh selepas kes koronavirus menyusut. Namun, gangguan ke atas pembekalan dijangka untuk menjejaskan hasil jualan dan meningkatkan kos pengeluaran. Ini akan mengakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Semasa penulisan, pasangan USD/CAD menyusut sebanyak 0.01% ke 1.2380.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.05% ke $83.73 setong semasa penulisan berikutan dengan permintaan minyak yang berkurangan. Harga minyak menerima momentum bearish berikutan dengan campur tangan kerajaan China untuk menurun harga arang batu. Ia akan mengurangkan penggunaan minyak sebagai bahan bakar gantian untuk penjanaan elektrik. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1807.80 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan dolar AS yang lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Oct) 109.3 108.8
22:00 USD – New Home Sales (Sep) 740K 755K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 93.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 94.45.

 

Tahap rintangan: 94.45, 95.20

Tahap sokongan: 93.70, 93.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3755. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.3880.

 

Tahap rintangan: 1.3880, 1.4005

Tahap sokongan: 1.3755, 1.3650

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1615. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1530.

 

Tahap rintangan: 1.1615, 1.1680

Tahap sokongan: 1.1530, 1455

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 114.60.

 

Tahap rintangan: 114.60, 115.85

Tahap sokongan: 111.20, 112.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7485. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.7565.

 

Tahap rintangan: 0.7565, 0.7660

Tahap sokongan: 0.7485, 0.7410

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7155. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.7230.

 

Tahap rintangan: 0.7230, 0.7300

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7080

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2500.

 

Tahap rintangan: 1.2500, 1.2620

Tahap sokongan: 1.2335, 1.2200

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9215. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9215, 0.9295

Tahap sokongan: 0.9140, 0.9080

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 84.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 79.35.

 

Tahap rintangan: 84.00, 88.40

Tahap sokongan: 79.35, 75.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1791.50.

 

Tahap rintangan: 1812.80, 1831.50

Tahap sokongan: 1791.50, 1769.10.