26 Oktober 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar melantun susulan virus mendorong permintaan untuk perlindungan.
Semasa awal sesi Asia, dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah mendapat sokongan dan melantun susulan dengan situasi koronavirus yang semakin teruk di AS dan Eropah dan kekurangan perkembangan dalam rangsangan A.S. telah mendorong para pelabur dalam keadaan berwaspada. Dari segi koronavirus, AS melaporkan lebih daripada 83,000 kes koronavirus dua hari berturut-turut, melepasi rekod sebelumnya sebanyak kira-kira 77,300 kes pada 16 Julai. Pada masa yang sama, kes-kes yang melonjak di Eropah juga menyebabkan beberapa negara seperti Itali telah memerintahkan restoran dan bar ditutup pada jam 6 petang. Dalam faktor lain, Speaker Dewan A.S. Nancy Pelosi manyatakan pada hari Ahad bahawa beliau menjangkakan respons Rumah Putih pada hari Isnin mengenai rancangan perbelanjaan rangsangan terbaru. Baru-baru ini, seorang pegawai kanan pentadbiran menyatakan bahawa perjanjian rangsangan tersebut masih tidak mati, tetapi boleh telah dibuat beberapa kali dalam sepanjang 10 hari lalu. Kenyataan ini menuduh bahawa cadangan Pelosi untuk kompromi kebanyakannya Cuma dilakukan untuk pertunjukan sahaja. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.14% menjadi 92.84.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 1.23% kepada $39.18 setong pada masa penulisan di tengah-tengah prospek permintaan yang semakin teruk kekal mempengaruhi sentimen. Keyakinan pasaran terhadap komoditi hitam tetap lemah susulan peningkatan yang drastik dalam kes koronavirus walaupun dengan berita mengenai persetujuan FDA untuk remdesivir baru-baru ini. Seterusnya, harga emas turun sebanyak 0.17% kepada $ 1898.29 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan dolar mendapat sokongan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Oct) | 93.4 | 93.0 | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Sep) | 1,011K | 1,025K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 92.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 93.55.
Tahap rintangan: 93.55, 94.65
Tahap sokongan: 92.70, 91.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3005. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3500
Tahap sokongan: 1.3005, 1.2775

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1880. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1760.
Tahap rintangan: 1.1880, 1.1995
Tahap sokongan: 1.1760, 1.1615

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 105.10. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 105.10, 105.80
Tahap sokongan: 104.25, 103.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7105. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7200, 0.7340
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7005

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6655. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6655.
Tahap rintangan: 0.6725, 0.6775
Tahap sokongan: 0.6655, 0.6595

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 1.3105. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3240.
Tahap rintangan: 1.3240, 1.3335
Tahap sokongan: 1.3105, 1.2995

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9085. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap 0.9085.
Tahap rintangan: 0.9085, 0.9190
Tahap sokongan: 0.9000, 0.8935

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 39.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 41.55, 43.95
Tahap sokongan: 39.00, 36.55

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari garisan MA baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1879.05.
Tahap rintangan: 1918.90, 1970.55
Tahap sokongan: 1879.05, 1847.70