26 November 2019 Analisis Sesi Pagi
Pound melonjak susulan dengan prospek positif untuk Brexit
Paun sterling telah mencatat keuntungannya susulan dengan prospek positif untuk soft-Brexit. Menurut daripada Reuters, Paun Sterling menerima sokongan bullish berikutan dengan Parti Konservatif menerima sokongan yang lebih lanjut daripada rakyat UK apabila berbanding dengan Parti Pembangkang seperti Parti Buruh, yang selanjutnya meningkatkan kebarangkalian terhadap Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk memenangi majoriti pada pilihan raya umum yang akan datang pada 12hb Disember 2019. Sentimen tersebut telah memberi harapan yang positif terhadap resolusi Brexit, yang selanjutnya meningkatkan permintaan untuk Paun Sterling. Walau bagaimanapun, tinjauan yang baru menunjukkan bahawa sokongan rakyat terhadap Parti Konservatif telah menyusut sedikit, yang selanjutnya mengehadkan keuntungan ke atas pasangan Paun Sterling. Sebaliknya, indeks dolar telah menerima sokongan bullish susulan dengan prospek positif untuk perang perdagangan, yang selanjutnya meningkatkan sentimen risiko dan permintaan untuk dolar AS pada hari Isnin yang lalu. Menurut daripada Bloomberg, China menegaskan bahawa mereka akan meningkatkan hukuman berat bagi kesalahan pelanggaran harta intelek untuk mengurangkan ketegangan perang perdagangan. Pada masa ini, para pelabur akan terus memantau berita terkini yang berkaitan dengan perang perdagangan dan isu Brexit untuk menjangkakan pergerakan kedua-dua pasangan tersebut. Semasa penulisan, GBP/USD telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.02% ke 1.2898 manakala indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.02% ke 98.16.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara rata berhampiran $57.89 se tong, Para pelabur akan memantau data stok minyak dari AS serta mesyuarat agung OPEC yang bakal diadakan pada bulan depan untuk mendapatkan isyarat dagangan yang lebih lanjut untuk komoditi ini. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1451.19 se troy auns susulan dengan penurunan ketegangan perang perdagangan dan greenback yang kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence (Nov) | 125.9 | 127.0 | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Oct) | 701k | 709k |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 98.20. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 98.20, 98.40
Tahap sokongan: 97.95, 97.75

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.2965. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2965, 1.3180
Tahap sokongan: 1.2765, 1.2550

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1000. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1080, 1.1165
Tahap sokongan: 1.1000, 1.0900

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.05, 109.20
Tahap sokongan: 108.80, 108.65

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6765. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6820, 0.6875
Tahap sokongan: 0.6765, 0.6705

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6410. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6410, 0.6435
Tahap sokongan: 0.6390, 0.6375

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3325. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3325, 1.3375
Tahap sokongan: 1.3265, 1.3210

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9980. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9945.
Tahap rintangan: 0.9980, 1.0010
Tahap sokongan: 0.9945, 0.9915

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 58.35. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 58.35, 60.05
Tahap sokongan: 56.75, 55.50

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1447.50. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1489.30, 1514.65
Tahap sokongan: 1447.50, 1413.70