26 November 2019 Analisis Sesi Petang
Dolar meningkat susulan dengan penyusutan ketegangan perdagangan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama masih kukuh berikutan dengan berita baru-baru ini menunjukkan perkembangan yang baik dalam rundingan perdagangan antara dua badan ekonomi yang terbesar, AS dan China. Menurut Xinhua News, perunding utama dari kedua-dua negara mengadakan perbualan telefon pada hari semalam dan telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan sementara masalah yang masih belum diselesaikan dalam fasa 1 perjanjian perdagangan akan terus dibincangkan. Kemajuan dalam rundingan perdagangan terus meningkatkan sentimen pasaram dolar AS kerana kebarangkalian untuk mencapai perjanjian perdagangan telah semakin menekat. Walau bagaimanapun, kenaikan dolar telah dihadkan berikutan ucapan neutral yang diberikan oleh pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada awal pagi. Dalam ucapannya, Powell mendedahkan bahawa objektif utama bank pusat pada masa ini adalah untuk mencapai matlamat inflasi, iaitu 2%. Walaupun tiga pemotongan kadar faedah telah dilaksanakan dalam beberapa bulan yang lalu, namun mereka masih tidak dapat menyokong pertumbuhan ekonomi AS sementara inflasi mereka masih di bawah paras potensinya. Oleh itu, kenaikan kadar faedah atau pemotongan tidak sesuai untuk masa kini dan monetari polisi yang sedia ada dijangka kekal pada masa ini sambil memberikan tumpuan terhadap lebih banyak data ekonomi. Semasa penulisan, indeks dolar menurun 0.03% ke 98.15.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.14% ke $57.95 setong di tengah-tengah berita mengenai lanjutan dalam pemotongan pengeluaran minyak mentah dan kemajuan dalam perbincangan perdagangan terus memberikan momentum kenaikkan kepada harga komoditi hitam ini. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $ 1454.70 setroy auns disebabkan oleh penurunan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence (Nov) | 125.9 | 127.0 | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Oct) | 701k | 709k |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 98.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 97.60.
Tahap rintangan: 98.20, 98.90
Tahap sokongan: 97.60, 96.95

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2970.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2795, 1.2690

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.0990. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.1080.
Tahap rintangan: 1.1080, 1.1170
Tahap sokongan: 1.0990, 1.0925

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 108.85. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan terkini 108.85.
Tahap rintangan: 109.40, 109.90
Tahap sokongan: 108.85, 108.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementar ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6770. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.6825.
Tahap rintangan: 0.6825, 0.6880
Tahap sokongan: 0.6770, 0.6715

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6425. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6425, 0.6500
Tahap sokongan: 0.6340, 0.6275

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari garisan MA 20 (merah). MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3340.
Tahap rintangan: 1.3340, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3260, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF was traded lower following prior retracement from the Tahap rintangan 0.9980. MACD which illustrate bearish momentum signal with the formation of death cross suggest the pair to extend its retracement towards the Tahap sokongan 0.9915.
Tahap rintangan: 0.9980, 1.0025
Tahap sokongan: 0.9915, 0.9845

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 58.05. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 56.30.
Tahap rintangan: 58.05, 59.40
Tahap sokongan: 56.30, 54.85

GOLD_ H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1445.70. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1477.90.
Tahap rintangan: 1477.90, 1497.00
Tahap sokongan: 1458.50, 1445.70