26 Disember 2019 Analisis Sesi Pagi
Yen menyusut berlatarbelakang prospek positif terhadap perang perdagangan
Yen Jepun mencatat kerugiannya pada hari Selasa yang lalu di tengah-tengah penurunan ketegangan perang perdagangan di antara A.S dan China, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko sambil mencetuskan penjualan ke atas aset selamat seperti Yen Jepun. Menurut daripada Reuters, Presiden A.S. Donald Trump menegaskan pada hari Selasa yang lalu bahawa beliau dan Presiden China Xi Jinping akan menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama dalam bulan ini. Tambahan pula, Kementerian Luar Negeri China Geng Shuang juga mendakwa semalam bahawa kedua-dua negara mempunyai perundingan yang sangat baik. Walau bagaimanapun, Beijing belum lagi mengesahkan sebarang komponen tertentu yang berkaitan dengan perjanjian perdagangan tersebut. Pada masa kini, para pelabur masih akan terus memantau perkembangan yang berkaitan dengan perjanjian perdagangan “fasa pertama” untuk menjangkakan pergerakan pasangan tersebut. Semasa penulisan, USD/JPY telah meningkat sebanyak 0.02% ke 109.36. Sebaliknya, indeks dolar didagang dengan rata pada 97.62 susulan dengan perayaan Krismas
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah didagang dengan rata pada $61.20 se tong. Pasaran minyak mentah telah mencatat keuntungannya pada hari Selasa yang lalu selepas Rusia menegaskan bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan OPEC untuk memotong bekalan minyak dan di tengah-tengah prospek positif terhadap perang perdagangan di antara A.S dan China. Sebaliknya, harga emas telah melonjak pada hari Selasa yang lalu susulan dengan para pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke aset selamat seperti emas untuk mengelakkan penurunan dalam pasaran ekuiti pada awal tahun 2020. Semasa penulisan, harga emas telah meningkat sebanyak 0.08% ke $1499.40 se troy auns.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | Initial Jobless Claims | 234K | 220K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 97.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 97.55.
Tahap rintangan: 97.55, 98,10
Tahap sokongan: 97.00, 96.50

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2940. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3160, 1.3340
Tahap sokongan: 1.2940, 1.2755

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1075. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1105.
Tahap rintangan: 1.1105, 1.1140
Tahap sokongan: 1.1075, 1.1050

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 109.30. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.65, 109.95
Tahap sokongan: 109.30, 108.90

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6925. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6925, 0.6970
Tahap sokongan: 0.6880, 0.6845

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6785. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6665, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6585, 0.6505

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3120. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3310
Tahap sokongan: 1.3120, 1.3045

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9795. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9835, 0.9875
Tahap sokongan: 0.9795, 0.9750

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 60.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 62.30, 63.70
Tahap sokongan: 60.70, 58.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1488.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1497.85, 1511.00
Tahap sokongan: 1488.25, 1475.25