27 Januari 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie melonjak berikutan data inflasi yang positif.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah meningkat disebabkan oleh angka inflasi yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Menurut kepada Biro Statistik Australia, CPI Australia telah meningkat 0.9% pada suku keempat, melebihi jangkaan pasaran untuk kenaikan sebanyak 0.7%. Pada masa yang sama, data National Australia Bank’s Business Conditions juga memberi bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 14 berbanding dengan ramalan pasaran pada 13. Setelah keluaran data-data positif tersebut, dolar Aussie berjaya meyakinkan para pembeli untuk permintaan. Di samping itu, peningkatan dalam sentimen risiko di pasaran yang didorong oleh perkembangan vaksin koronavirus dan pandangan optimis dari IMF juga meningkatkan permintaan untuk Aussie dengan lebih lanjut. Di AS, kerajaan Biden telah menyatakan pada hari Selasa bahawa ia akan membeli 100 juta dos setiap vaksin yang dibuat oleh Pfizer Inc dan Moderna Inc, meningkatkan jumlah keseluruhan dos menjadi 600 juta sementara Dana Monetari Antarabangsa (IMF) menyemak semula ramalan pertumbuhan ekonomi global 2021 dengan lebih tinggi kepada 5.5% berbanding dengan 5.2%. Pada masa penulisan, AUD/USD meningkat sebanyak 0.06% kepada 0.7739.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah tetap stabil dan menokok sebanyak 0.06% kepada 52.77 setong pada masa penulisan berikutan dengan berita mengenai letupan di Arab Saudi. TV Al Arabiya yang dimiliki oleh Arab Saudi telah melaporkan letupan dan video yang bersebar di media sosial dan menunjukkan peluru berpandu sedang dipintas di Riyadh. Serangan peluru berpandu dan serangan dron yang dituntut oleh pasukan Houthi telah menyasarkan lapangan terbang awam dan infrastruktur minyak di Arab Saudi, kadang-kadang sampai ke Riyadh. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.20% kepada $ 1847.10 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar sementara pasaran menunggu isyarat dari Fed.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
03:00 USD FOMC Statement
(28hb)
03:00 USD FOMC Press Conference
(28hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM)(Dec) | 0.4% | 0.5% | – |
| 23:30 | USD – Crude Oil Inventories | 4.351M | 0.430M | – |
| 03:00 (28hb) |
USD – Fed Interest Rate Decision | 0.25% | 0.25% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia beurndur dari tahap rintangan 90.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.80.
Tahap rintangan: 90.45, 90.90
Tahap sokongan: 89.80, 89.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3715. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3715, 1.3795
Tahap sokongan: 1.3685, 1.3625

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.2180. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2180, 1.2215
Tahap sokongan: 1.2140, 1.2075

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 103.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 103.85.
Tahap rintangan: 103.85, 104.05
Tahap sokongan: 103.55, 103.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7735. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7785, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7735, 0.7670

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7235. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7305
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7110

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2690. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2780.
Tahap rintangan: 1.2780, 1.2830
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2630

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.8845. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.8920, 0.8980
Tahap sokongan: 0.8845, 0.8800

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 51.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 54.00.
Tahap rintangan: 54.00, 55.80
Tahap sokongan: 51.75, 50.00

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1843.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1861.20 1875.00
Tahap sokongan: 1843.30, 1827.50