27 Januari 2022 Analisis Sesi Petang
Kanada Dolar menyusut selepas penyataan dari BoC.
Dolar Kanada menyusut selepas berikutan Bank of Canada mengekalkan sasarannya untuk “overnight rate” pada 0.25%, dengan kadar bank pada 0.5% dan kadar deposit pada 0.25%. Selain itu, bank itu terus mengekalkan program pembelian bonnya tidak berubah. Dari segi inflasi, kadar inflasi CPI Kanada kekal lebih tinggi daripada sasarannya, mengurangkan momentum ekonomi di Kanada. Kekangan bekalan yang berterusan digabungkan dengan harga makanan dan tenaga yang lebih tinggi, dijangka menyebabkan kadar inflasi CPI meningkat kepada 5% pada separuh pertama 2022. Secara keseluruhan, Bank of Canada mengunjurkan pertumbuhan GDP global akan menurun dari jangkaan terdahulu sebanyak 6.45% ke jangkaan sebanyak 3.5 % pada tahun 2022 dan 2023. Di Kanada, pertumbuhan GDP pada suku ke-2 2021 kini kelihatan lebih baik daripada yang dijangkakan. Namun begitu, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan Covid-19 dan data ekonomi penting untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar Kanada. Semasa penulisan, USD/CAD telah meningkat sebanyak 0.34% ke 1.2705.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.88% ke $86.40 setong semasa penulisan di tengah-tengah data inventori bearish. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah AS telah memberi bacaan sebanyak 2.377M, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak -0.728M. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.20% ke $1815.55 se troy auns semasa penulisan selepas Rizab Persekutuan mengeluarkan nada hawkish mereka.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
21:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Dec) | 0.80% | 0.40% | – |
21:30 | USD – GDP (QoQ) (Q4) | 2.30% | 5.40% | – |
21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 286K | 255K | – |
23:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Dec) | -2.20% | 0.30% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 96.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 96.80, 97.50
Tahap sokongan: 95.95, 94.55
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.3450. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3340.
Tahap rintangan: 1.3450, 1.3595
Tahap sokongan: 1.3340, 1.3210
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1200. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1380, 1.1470
Tahap sokongan: 1.1200, 1.1105
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 114.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 114.95, 116.25
Tahap sokongan: 113.65, 112.85
AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.7090. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7090, 0.7125
Tahap sokongan: 0.7040, 0.7000
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.6570. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6710, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6570, 0.6425
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2625. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2825
Tahap rintangan: 1.2825, 1.2950
Tahap sokongan: 1.2625, 1.2475
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9270. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9270, 0.9345
Tahap sokongan: 0.9175, 0.9095
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 86.40. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 88.60, 91.25
Tahap sokongan: 86.40, 83.15
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1811.35. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1828.00, 1841.35
Tahap sokongan: 1811.35, 1786.30