83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Februari 2023                                Analisis Sesi Pagi

 

 

Greenback melonjak apabila inflasi meningkat semula.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berjaya melanjutkan kenaikannya apabila data inflasi telah meningkat semula pada Januari. Menurut Biro Analisis Ekonomi, Indeks Harga PCE Teras AS melonjak secara tidak dijangka daripada bacaan bulan sebelumnya 0.4% ke 0.6% pada bulan lepas, menambah tekanan lanjut ke atas ahli-ahli Fed untuk mengekang inflasi. Sebelum itu, angka inflasi mula berkurangan sejak beberapa bulan lalu, hasil daripada pelan kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan sejak awal tahun lalu. Walau bagaimanapun, dengan latar belakang inflasi yang sangat tinggi, ia meningkatkan kebarangkalian Rizab Persekutuan untuk meneruskan rancangan kenaikan kadarnya, meninggalkan kadar pada tahap tinggi dengan lebih lama atau pelarasan kadar yang lebih besar. Secara keseluruhannya, data optimis telah mengubah sentimen pasaran dolar, menyelamatkan Greenback daripada ambang kehancuran. Selain itu, indeks dolar bersinar kerana ketidakstabilan isu geopolitik di Iran meningkatkan permintaan pasaran berbanding mata wang tempat selamat. Antaranya, program nuklear yang dipertikaikan, pencabulan hak asasi manusia, dan pembekalan dron ke Rusia adalah faktor utama yang menggesa pelabur keluar daripada pasaran kewangan negara di tengah-tengah prospek kesukaran ekonomi. Sehingga penulisan, indeks dolar meningkat 0.63% ke 105.25.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.09% ke $76.30 setong apabila Rusia menghentikan bekalan minyak ke Poland, kata syarikat penapisan Poland. Selain itu, harga emas merosot sebanyak -0.59% ke $1811.60 setiap troy auns apabila dolar AS mengukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jan) -0.2% 0.1%
23:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Jan) 2.5% 1.0%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 105.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.15, 101.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1940. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2105, 1.2200

Tahap sokongan: 1.1940, 1.1820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.0575. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0445.

 

Tahap rintangan: 1.0575, 1.0665

Tahap sokongan: 1.0445, 1.0275

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 136.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 136.45, 139.05

Tahap sokongan: 135.20, 133.20

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6725. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6860, 0.6985

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6640

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6160. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6230, 0.6355

Tahap sokongan: 0.6160, 0.6080

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3600. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3740.

 

Tahap rintangan: 1.3740, 1.3885

Tahap sokongan: 1.3600, 1.3505

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan tersebut di 0.9405. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9405, 0.9550

Tahap sokongan: 0.9310, 0.9225

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 76.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 81.80.

 

Tahap rintangan: 81.80, 86.15

Tahap sokongan: 76.10, 73.25

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1821.60. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1786.00.

 

Tahap rintangan: 1821.60, 1835.00

Tahap sokongan: 1786.00, 1725.35