27 April 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar menurun berikutan rancangan rangsangan AS telah diluluskan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama jatuh susulan dengan Dewan Kongres telah bersetuju terhadap rancangan rangsangan pusingan baru pada Jumaat lalu. Sejak permulaan penyebaran Koronavirus , kerajaan AS dan Federal Reserve telah melancarkan pelbagai jenis program rangsangan dengan tujuan untuk menyokong ekonomi negara melalui masa pandemik ini. Wang pusingan baru yang bernilai hampir $ 483 bilion bertujuan untuk menyokong perniagaan kecil dan hospital tempatan. Dengan menyuntik sejumlah besar wang tanpa henti ke pasaran untuk memerangi kerosakan penuh Covid-19 terhadap AS, ekonomi AS dipercayai akan dapat dipertingkatkan dalam jangka pendek walaupun kecairan tambahan telah meorosot nilai dolar AS. Walau bagaimanapun, kerugian indeks dolar adalah terhad kerana data ekonomi positif telah sedikit menaikkan daya tarikan indeks dolar. Menurut Census Bureau AS, data Core Durable Goods Orders dibebaskan pada -0.2%, lebih kuat daripada ramalan ekonomi -5.8%, tetapi ia hanya memberikan sedikit pandangan mengenai keadaan ekonomi AS semasa kerana kenaikan ini tidak mungkin berlanjut dalam tempoh pandemik ini. Semasa penulisan, indeks dolar jatuh 0.11% ke 100.20.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah mencatat kerugian sebanyak 3.55% ke $16.55 setong kerana pemotongan pengeluaran global tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah kejatuhan permintaan pasaran akibat wabak virus. Para pelabur masih menunggu lebih banyak pemangkin untuk mengukur arah komoditi hitam yang selanjutnya. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.40% ke $1721.90 setroy auns susulan dengan peningkatan selera pelabur terhadap aset yang lebih berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day NZD ANZAC Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 100.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 99.70.
Tahap rintangan: 100.85, 102.90
Tahap sokongan: 99.70, 98.30

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2370. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 1.2305.
Tahap rintangan: 1.2370, 1.2425
Tahap sokongan: 1.2305, 1.2215

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0830. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0830, 1.0940
Tahap sokongan: 1.0765, 1.0655

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20 MA (Merah). MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.85.
Tahap rintangan: 107.95, 109.30
Tahap sokongan: 106.85, 105.80

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20 MA (Merah). MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6460.
Tahap rintangan: 0.6460, 0.6705
Tahap sokongan: 0.6180, 0.5975

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.5995. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6055.
Tahap rintangan: 0.6055, 0.6120
Tahap sokongan: 0.5995, 0.5945

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.4105. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 1.4105.
Tahap rintangan: 1.4105, 1.4240
Tahap sokongan: 1.3980, 1.3790

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9745. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9685.
Tahap rintangan: 0.9745, 0.9825
Tahap sokongan: 0.9685, 0.9650

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 15.70.
Tahap rintangan: 18.05, 21.80
Tahap sokongan: 15.70, 12.95

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1724.45. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1724.45, 1738.15
Tahap sokongan: 1711.25, 1700.15