27 April 2020 Analisis Sesi Petang
Paun menyusut selepas data yang negatif dibebaskan.
Paun Sterling telah mencatat kerugiannya pada hari Jumaat yang lalu selepas data yang suram dari rantau U.K. dibebaskan, yang meningkatkan ketidakpastian mengenai kesan-kesan impak ekonomi negatif yang akibat daripada wabak koronavirus. Menurut kepada Office for National Statistics, U.K. Retails Sales untuk bulan yang lepas telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak -0.3% ke bacaan sebanyak -5.1%, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu -4.0%, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di U.K. Selain itu, penganalisis menjangkakan bahawa pertumbuhan ekonomi yang lemah di UK dan juga ketidakpastian isu Brexit akan terus mengurangkan daya tarikan terhadap Paun Sterling. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai wabak koronavirus, isu-isu Brexit dan juga data-data ekonomi yang lanjutnya untuk menjangkakan pergerakan pasangan tersebut. Sebaliknya, Yen Jepun telah meningkat pada hari ini susulan dengan para pelabur meramalkan bahawa Bank Pusat Jepun akan terus membeli bon kerajaan dalam jumlah yang tidak terhad untuk meringankan isu-isu kecairan bagi syarikat-syarikat Jepun bagi mengatasi pemusnahkan perkembangan ekonomi yang akibat daripada koronavirus. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.19% ke 1.2386 manakala USD/JPY telah menyusut sebanyak 0.01% ke 107.47.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.38% ke $15.82 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah pada hari ini susulan dengan para pelabur khuatir bahawa kapasiti untuk simpanan minyak mentah adalah tidak mencukupi, yang meningkatkan kebimbangan bahawa pemotongan bekalan minyak mentah adalah tidak cukup effisien untuk menyelesaikan masalah kekurangan permintaan bagi minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.34% ke $1722.65 se troy auns susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko dalam pasara FX. Para pelabur menjangkakan bahawa Bank Pusat Global akan terus meringankan dasar monetari dan dasar fiskal untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi di dunia.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day NZD ANZAC Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 100.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 100.30, 100.75
Tahap sokongan: 99.75, 98.50

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2400. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2400, 1.2460
Tahap sokongan: 1.2310, 1.2250

EURUSD, H1: EURUSD telah didagnag dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0795. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0875, 1.0940
Tahap sokongan: 1.0795, 1.0740

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 107.80, 108.40
Tahap sokongan: 107.30, 107.00

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6450. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6450, 0.6615
Tahap sokongan: 0.6285, 0.6160

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.6070. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6070, 0.6215
Tahap sokongan: 0.5955, 0.5840

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.4065. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4115, 1.4185
Tahap sokongan: 1.4065, 1.4005

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9750. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9750, 0.9840
Tahap sokongan: 0.9630, 0.9510

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 15.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 18.05, 21.15
Tahap sokongan: 15.30, 13.45

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1737.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangna mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1737.25, 1770.40
Tahap sokongan: 1704.50, 1668.20