27 April 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menyusut menjelang mesyuarat FOMC.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya menjelang mesyuarat Monetari Rizab Persekutuan A.S. pada hari Khamis. Para pelabur menjangkakan bahawa Bank Pusat A.S. kemungkinan akan mengekalkan penyataan yang dovish semasa mesyuarat dasar monetari, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Menurut kepada Reuters, Fed Chairman Richard Clarida menegaskan bahawa Bank Pusat A.S. akan terus melancarkan dasar monetari yang agresif sehingga kadar inflasi mencapai sasaran 2%. Dari segi Covid-19, New York Times telah melaporkan bahawa kadar vaksinasi di Amerika Syarikat telah menyusut walaupun Covid-19 masih terus menyebar di rantau A.S. Menurut kepada statistik terkini, lebih daripada 50,000 kes Covid-19 yang baru telah dilaporkan dari A.S. pada hari Sabtu yang lalu. Sementara itu, jumlah purata dos vaksin yang diberikan setiap hari, telah menurun dengan ketara dari bacaan sebalumnya sebanyak 3.38 juta ke bacaan sebanyak 2.86 juta, yang terendah sejak 31hb Mac. Perlambatan vaksinasi akan menangguhkan proses “herd-immunity”, yang selanjutnya mengurangka optimisme pasaran ke atas perkembangan ekonomi di A.S. Semasa penulisan, Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.02% ke 90.80.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.03% ke $61.95 se tong semasa penulisan. Momentum tren keseluruhan untuk minyak mentah kekal lemah di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan jumlah Covid-19 di India telah mengurangkan daya tarikan ke atas komoditi terseubt. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.10% ke $1781.30 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:00 JPY BoJ Monetary Policy Statement
11:00 JPY BoJ Outlook Report (YoY)
Tentative JPY BoJ Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence | 109.7 | 112.1 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 90.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 91.25, 91.95
Tahap sokongan: 90.75, 90.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3910. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3915, 1.4010
Tahap sokongan: 1.3815, 1.3690

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2095. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2095, 1.2170
Tahap sokongan: 1.2035, 1.1980

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 107.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 108.50.
Tahap rintangan: 108.50, 109.25
Tahap sokongan: 107.75, 106.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7800. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7800, 0.7880
Tahap sokongan: 0.7710, 0.7650

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7230. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7230, 0.7315
Tahap sokongan: 0.7140, 0.7070

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2385. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2470, 1.2540
Tahap sokongan: 1.2385, 1.2300

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9130. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9220, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9130, 0.9040

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 62.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 62.20, 63.70
Tahap sokongan: 60.85, 59.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1772.85. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1792.85.
Tahap rintangan: 1792.85, 1810.50
Tahap sokongan: 1772.85, 1752.60