27 Mei 2022 Analisis Sesi Petang
Antipodean melonjak susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko.
Aset berisiko seperti “Antipodeans” (Dolar Australia dan New Zealand) telah melonjak dengan ketara di tengah-tengah peningkatan sentimen risiko dalam pasaran kewangan global selepas penyusutan jangkaan ke atas kenaikan kadar daripada Fed. Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS berundur pada semalam, mendorong momentum bullish selanjutnya di pasaran ekuiti. Selain itu, proksi China seperti Dolar Australia dan New Zealand telah melanjutkan keuntungannya berikutan pihak berkuasa China telah berjanji untuk melaksanakan pelonggaran dasar fiskal untuk memberangsangkan momentum ekonomi di China. Menurut kepada Aljazeera, Beijing akan meningkatkan pemotongan cukai tahunan sebanyak lebih 140 bilion yuan kepada 2.64 trilion yuan, menawarkan rebat cukai kepada sektor ekonomi yang lebih penting. Langkah lain termasuk 150 bilion yuan dalam bon kecemasan untuk sektor penerbangan dan satu lagi terbitan 300 bilion yuan dalam bentuk bon untuk membiayai pembinaan kereta api dan projek baharu dalam tenaga, pengangkutan dan pemuliharaan air. Sehingga berita ini ditulis, AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.56% ke 0.7137 manakala NZD/USD melonjak 0.60% ke 0.6515.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.02% ke $114.20 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih tinggi di tengah-tengah para pelabur membuat spekulasi bahawa Suruhanjaya Eropah (EU) akan terus mendapatkan sokongan sebulat suara untuk cadangan sekatan baharunya terhadap Rusia. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.14% ke $1853.10 se troy auns setakat ini semasa penulisan dalam keadaan Dolar AS yang lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) (Apr | -0.3% | 0.3% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 102.45, 103.85
Tahap sokongan: 100.85, 99.25
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1.2745, 1.2830
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2500
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1.0820, 1.0925
Tahap sokongan: 1.0660, 1.0585
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 127.20, 129.10
Tahap sokongan: 125.30, 123.50
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 0.7260, 0.7345
Tahap sokongan: 0.7115, 0.6995
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6535, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6225, 0.6070
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 1.2890, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2720, 1.2635
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9695, 0.9850
Tahap sokongan: 0.9525, 0.9375
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 114.90, 119.05
Tahap sokongan: 110.20, 106.55
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1868.70, 1878.95
Tahap sokongan: 1849.90, 1836.90