83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Julai 2022                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melonjak susulan dengan peningkatan risiko kemelesetan.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berjaya memulih daripada kerugiannya, selepas indeks ini jatuh selama 3 hari dagangan berturut-turut di tengah-tengah peningkatan kebimbangan pasaran terhadap risiko kemelesetan. Baru-baru ini, gergasi gas Rusia Gazprom mengumumkan pelan untuk mengurangkan bekalan gas asli melalui saluran paip Nord Steam 1 ke Jerman, mendakwa bahawa tujuan menutup salah satu daripada dua turbin yang masih berfungsi adalah disebabkan oleh isu teknikal di kemudahan pengepaman di pantai Baltic. Bagaimanapun, kerajaan Jerman menyatakan tiada sebab teknikal untuk mengehadkan bekalan. Di sisi lain, Zon Euro telah mencapai kesepakatan bahawa pelan kecemasan untuk mengurangkan penggunaan gas asli sebanyak 15% dalam tempoh sembilan bulan akan datang, bertujuan untuk mengurangkan pergantungan terhadap gas asli Rusia. Peningkatan ketegangan antara Eropah dan Rusia telah mendorong para pelabur untuk memindahkan pegangan mereka ke arah pasaran dolar AS. Pada ketika ini, pelabur masih memerhatikan mesyuarat Rizab Persekutuan yang akan datang untuk mengukur kemungkinan arah indeks dolar masa depan. Semasa penulisan, indeks dolar melonjak 0.68% ke 107.20.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.02% ke $95.55 setong selepas jatuh dengan ketara semalam. Kenaikan nilai dolar AS menyebabkan kos minyak menjadi mahal bagi pembeli bukan AS. Selain itu, harga emas turun 0.04% ke $1717.70 satu troy auns di tengah-tengah pengukuhan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00                     USD                                        FOMC Statement

(28th July)

02:00                     USD                                        FOMC Press Conference

(28th July)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun) 0.7% 0.2%
22:30 USD – Pending Home Sales (MoM) (Jun) 0.7% -1.5%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -0.466M -1.037M
02:00

(28thJuly)

 

USD – Fed Interest Rate Decision 1.75% 2.50%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 106.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 107.60.

 

Tahap rintangan: 107.60, 108.50

Tahap sokongan: 106.10, 105.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2035. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2035, 1.2175

Tahap sokongan: 1.1900, 1.1800

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0155.

 

Tahap rintangan: 1.0155, 1.0265

Tahap sokongan: 1.0075, 1.0000

 

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 136.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 137.60.

 

Tahap rintangan: 137.60, 138.00

Tahap sokongan: 136.65, 135.25

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah garisan aliran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6985, 0.7115

Tahap sokongan: 0.6855, 0.6725

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6245. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6245, 0.6360

Tahap sokongan: 0.6140, 0.6050

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1.2925, 1.2985

Tahap sokongan: 1.2825, 1.2755

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah garisan aliran menaik.

 

Tahap rintangan: 0.9675, 0.9755

Tahap sokongan: 0.9590, 0.9520

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 98.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 98.20, 100.10

Tahap sokongan: 91.80, 89.55

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1729.25. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1729.25, 1783.20

Tahap sokongan: 1707.90, 1678.80