27 Ogos 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar disokong oleh sentimen perdagangan, euro ditekan.
Dolar AS telah menerima sokongan menaik berikutan dengan perkembangan perdagangan terkini selepas China dan AS menunjukkan isyarat kedamaian sementara walaupun dengan pengumuman tarif antara satu sama lain. Pada awal hari Isnin, Naib Presiden China Liu He menyatakan bahawa mereka rela untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan dengan tenang, susulan dengan tweet yang mengejutkan oleh Presiden AS Donald Trump. Menurut kepada Twitter beliau, Trump telah mengesahkan dua panggilan telefon dari China yang meminta untuk meneruskan perundingan perdagangan. Beliau juga memuji Presiden Xi Jinping sebagai pemimpin yang baik serta menyambut keinginan Xi untuk mencapai perjanjian perdagangan. Walaupun dua negara terbesar telah mencetuskan ketidakpastian di dalam pasaran dengan tarif yang dikenakan antara satu sama lain, namun perkembangan terkini telah menambah baik sentimen pasaran dan menyebabkan para pelabur untuk menjual pegangan aset selamat mereka dan memasuki ke dalam pasaran dolar. Namun, keuntungan dolar telah dihadkan selepas pembebasan data Core Durable Goods Orders yang memberi bacaan sebanyak -0.4%, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 0.1%. Dalam berita lain, mata wang euro telah menerima tekanan menurun susulan dengan pembebasan data German Ifo Business Climate Index. Data tersebut telah menyusut ke 94.3, tersasar dengan ramalannya sebanyak 95.1 serta mengisyaratkan kemungkinannya kelonggaran dasar kewangan yang selanjutnya oleh Bank Pusat Eropah (ECB). Indeks dolar telah menyusut ke 0.08% ke 97.85 sementara pasangan EUR/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.1102.
Dari segi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.11% ke $53.83 setong. Pada awal hari Isnin, harga minyak telah menerima sokongan menaik berikutan dengan sentimen positif mengenai perundingan perdagangan. Namun, harga minyak telah memangkas keuntungannya berikutan dengan laporan mengenai keinginan Trump untuk bertemu dengan Presiden Iran Hassan Rouhani. Laporan tersebut telah mencetuskan kebimbangan bahawa sekiranya kedua-dua negara tersebut boleh menyelesaikan pertikaian mereka, sekatan AS ke atas Iran mungkin dihapuskan dan kemungkinan kelebihan bekalan di dalam pasaran akan meningkat. Walau bagaimanapun, sehingga mesyuarat rasmi diadakan, pedagang minyak masih akan memberi fokus kepada data inventori bagi memantau penggerakan minyak. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.02% ke $1527.35 se troy auns. Emas yang selamat telah berundur daripada paras tingginya berikutan dengan perkembangan perdagangan pada malam semalam.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q2) | 0.4% | -0.1% | – |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Aug) | 135.7 | 129.5 | – |
| 04:30 (28hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -3.500M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 98.00. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 97.50.
Tahap rintangan: 98.00, 98.40
Tahap sokongan: 97.50, 97.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1.2220. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2170.
Tahap rintangan: 1.2255, 1.2345
Tahap sokongan: 1.2220, 1.2170

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1115.
Tahap rintangan: 1.1115, 1.1155
Tahap sokongan: 1.1070, 1.1030

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 106.00. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 105.60.
Tahap rintangan: 106.00, 106.65
Tahap sokongan: 105.60, 105.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari garisan MA-50 (biru). MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6825.
Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6750, 0.6695

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6395. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6330.
Tahap rintangan: 0.6395, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6330, 0.6270

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3275. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3275, 1.3340
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3185

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada garisan MA-20 (merah). MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-20 tersebut.
Tahap rintangan: 0.9840, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9775, 0.9730

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 54.65.
Tahap rintangan: 54.65, 55.90
Tahap sokongan: 53.10, 51.15

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1526.60. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1548.05.
Tahap rintangan: 1548.05, 1565.50
Tahap sokongan: 1526.60, 1507.10