27 Ogos 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Aussie tetap teguh susulan data Capex yang optimis.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Aussie yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah meningkat berikutan dengan data perniagaan yang lebih baik dari yang dijangkakan dari Australia telah membantu pasangan ini untuk terus bertahan. Menurut kepada Biro Statistik Australia, perbelanjaan perniagaan yang mewakili perbelanjaan modal swasta telah mencapai -5.9%, lebih baik daripada jangkaan pasaran -8.4%. Selain itu, rakan perdagangan terbesar Australia, China juga melaporkan keuntungan tinggi yang membantu dalam memberikan sentimen yang lebih lanjut kepada Aussie. Mengikut kepada data daripada biro statistik China, keuntungan syarikat perindustrian China telah meningkat sebanyak 19.6% kepada 589.5 bilion yuan. Ini adalah bulan ketiga berturut-turut bagi pertumbuhan keuntungan dan menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi dari koronavirus semakin kuat. Namun, oleh kerana hubungan yang tegang antara China dan AS, potensi kenaikan mungkin dihadkan sementara pasaran menunggu lebih banyak pemangkin untuk menentukan momentum lebih lanjut bagi pasangan ini. Pada masa penulisan, AUD/USD meningkat 0.05% menjadi 0.7235.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah tetap stabil dan menokok sebanyak 0.04% kepada $43.31 setong berikutan dengan kebimbangan dalam kesan terhadap bekalan akibat ribut besar. Berdasarkan dengan perkembangan terbaru, Taufan Laura telah meningkat pada hari Rabu dan kini diramalkan akan membawa hujan lebat dan bencana. Sembilan kilang yang menukarkan minyak hampir 2.9 juta tong sehari telah ditutup. Sebaliknya, harga emas mendapat kembali kawalan dan melonjak sebanyak 0.15% kepada $ 1943.61 se troy auns pada masa penulisan susulan dengan pasaran bersiap sedia untuk menghadapi ucapan dovish dari Jerome Powell pada simposium Jackson Hole tahunan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:10 USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q2) | -32.9% | -32.6% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 1,106K | 1,000K | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Jul) | 16.6% | 4.5% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap terendah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.60.
Tahap rintangan: 93.25, 94.10
Tahap sokongan: 92.60, 92.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3140. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3255.
Tahap rintangan: 1.3255, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3045

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1840. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1775.
Tahap rintangan: 1.1840, 1.1900
Tahap sokongan: 1.1775, 1.1705

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap terendah saluran menaik. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 106.15, 106.95
Tahap sokongan:105.20, 104.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7205. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7330
Tahap sokongan: 0.7205, 0.7150

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6615. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan di 0.6615.
Tahap rintangan: 0.6615, 0.6755
Tahap sokongan: 0.6535, 0.6480

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3140. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3030

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9120. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9050.
Tahap rintangan: 0.9120, 0.9200
Tahap sokongan: 0.9050, 0.8975

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 43.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 42.75.
Tahap rintangan: 43.40, 44.35
Tahap sokongan: 42.75, 42.05

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1905.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 2069.75.
Tahap rintangan: 2069.75, 2147.50
Tahap sokongan: 1905.85, 1761.65