27 September 2019 Analisis Sesi Pagi
Pemberi maklumat menghalang kenaikan dolar AS.
Dolar AS telah meneruskan kenaikannya walaupun perkembangan ekonomi adalah lebih lembap serta terdapatnya pergolakan politik di Washington. Menurut kepada Bureau of Economic Analysis, ekonomi AS telah bertumbuh sebanyak 2.0% bagi suku kedua, di dalam jangkaan para pelabur. Namun, data tersebut telah memaparkan penyusutan yang ketara apabila dibandingkan dengan suku pertama yang bertumbuh sebanyak 3.1%. Namun, para pelabur masih memberikan pandangan yang optimis terhadap pertumbuhan ekonomi di AS susulan dengan penyusutan risiko perang perdagangan diantara AS dan China yang boleh mendorong kepada pencapaian perjanjian tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, kenaikan pada dolar AS adalah terhad susulan dengan pembebasan dokumen dari pemberi maklumat yang memberi butiran mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Presiden Donald Trump. Dokumen tersebut bukan sahaja mempunyai butiran mengenai panggilan telefon Trump kepada Presiden Ukraine pada 25hb Julai, ia juga menuduh pentadbirannya yang menyekat rekod berkaitan dengan perbualan mereka. Sementara itu, mata wang euro telah meneruskan kerugiannya sambil mencapai pasaran rendah baru bagi tahun 2019 berikutan dengan tinjauan ekonomi yang suram. Peningkatan risiko ketidaktentuan pada dasar kewangan Bank Pusat Eropah serta perkembangan ekonomi yang lembap telah mendorong para pelabur untuk memasuki ke dalam aset lain di dalam pasaran. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.17% ke 98.78 sementara EUR/USD susut sebanyak 0.01% ke 1.0920.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.28% ke $56.41 setong. Harga minyak telah didagang dengan lebih rendah selepas pembekalan minyak Arab Saudi memulih sepenuhnya lebih awal daripada jangkaan. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.06% ke $1,505.47 se troy auns berikutan dengan risiko yang berlegar di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Aug) | -0.4% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) (Aug) | 0.2% | 0.2% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Sep) | 89.8 | 92.0 | – |
| 01:00
(28hb) |
CrudeOIL – Baker Hughes Oil Rig Count | 719 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 98.85. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 98.40.
Tahap rintangan: 98.85, 99.25
Tahap sokongan: 98.40, 98.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2385. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan yang terkini di 1.2385.
Tahap rintangan: 1.2385, 1.2495
Tahap sokongan: 1.2260, 1.2165

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.0915. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.0965.
Tahap rintangan: 1.0965, 1.1020
Tahap sokongan: 1.0915, 1.0850

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 107.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan yang terkini di 107.55.
Tahap rintangan: 108.35, 109.20
Tahap sokongan: 107.55, 107.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6745. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dan arah dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul seperti pemecahan pada tahap sokongan sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.6805, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6745, 0.6690

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6325. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6270.
Tahap rintangan: 0.6325, 0.6355
Tahap sokongan: 0.6270, 0.6235

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3235 baru-baru ini. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dan arah yang jelas dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih jelas muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3305, 1.3365
Tahap sokongan: 1.3235, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9940. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.9855.
Tahap rintangan: 0.9940, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9855, 0.9800

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 55.30. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 58.35.
Tahap rintangan: 58.35, 62.00
Tahap sokongan: 55.30, 53.00

GOLD_H4: Harga emas telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 1512.75. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1512.75, 1535.00
Tahap sokongan: 1487.35, 1452.15