27 September 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie meningkat susulan optimisme terhadap pemulihan ekonomi.
Dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah meningkat berikutan dengan optimisme pasaran terhadap pemulihan ekonomi dan jangkaan terhadap pelonggaran sekatan. Menurut kepada laporan, kerajaan New South Wales (NSW) Australia merancang untuk mengeluarkan peta jalannya pada hari Isnin untuk membuka kembali negeri tersebut dari sekatan COVID-19 dan memperincikan tahap kebebasan yang berbeza harus diberikan kepada warganegara berdasarkan status vaksinasi mereka. Dengan 60% orang berusia 16 tahun ke atas diberi vaksin sepenuhnya yang melebihi purata 52% nasional, pegawai menjangkakan ia boleh mencapai sasaran 80% mereka sekitar akhir Oktober, berdasarkan dengan kadar vaksinasi semasa. Perdana Menteri NSW Gladys Berejiklian menjangkakan bahawa 11 Oktober akan menjadi permulaan untuk pelonggaran sekatan sementara tahap akhir pembukaan semula dijadualkan pada 01 Disember. Sebaliknya, berita mengenai China dan Kanada melakukan pertukaran banduan pada hujung minggu lalu yang mengakibatkan pembebasan Meng Wanzhou, anak perempuan pengasas Huawei dan CFO syarikat tersebut juga meningkatkan sentimen pasaran dan membantu dalam memberi sokongan untuk Aussie. Pada masa penulisan, AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.39% kepada $0.7282.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melambung sebanyak 1.46% kepada $ 75.03 setong pada masa penulisan di tengah-tengah pengetatan dalam bekalan minyak mentah. Dari segi bekalan, OPEC dan sekutunya baru-baru ini gagal meningkatkan tahap bekalan minyak walaupun kuota yang lebih tinggi telah diberikan. Kejadian tersebut berkemungkinan akan menyebabkan defisit bekalan minyak untuk jangka pertengahan dan mendorong kepada kenaikan harga minyak mentah. Di samping itu, komoditi ini juga mendapat sokongan yang lebih lanjut daripada peningkatan dalam prospek permintaan disebabkan oleh pelonggaran sekatan di pelbagai negara seperti Australia, Thailand dan Hong Kong. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.52% kepada $ 1759,44 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah peningkatan dalam sentimen penghindaran risiko disebabkan oleh China Evergrande.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:45 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Aug) | 0.80% | 0.50% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 93.10. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 93.70.
Tahap rintangan: 93.70, 94.20
Tahap sokongan: 93.10, 92.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3605.
Tahap rintangan: 1.3765, 1.3875
Tahap sokongan: 1.3605, 1.3460

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 1.1705. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1800, 1.1885
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 110.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 110.20.
Tahap rintangan: 110.75, 111.55
Tahap sokongan: 110.20, 109.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7235. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7335.
Tahap rintangan: 0.7335, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7235, 0.7150

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6990. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7075.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7145
Tahap sokongan: 0.6990, 0.6920

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2585. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2685, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2510

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 0.9240. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9310.
Tahap rintangan: 0.9310, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9240, 0.9185

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 74.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 77.00.
Tahap rintangan: 77.00, 78.75
Tahap sokongan: 74.30, 72.45

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1753.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1785.80.
Tahap rintangan: 1785.80, 1806.85
Tahap sokongan: 1753.05, 1725.50