83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Oktober 2021                                Analisis Sesi Petang

 

Dolar New Zealand menyusut susulan dengan data ekonomi yang negatif.

Dolar New Zealand menyusut berbanding dengan dolar AS berikutan dengan data ekonomi yang lemah. Menurut kepada Statistics New Zealand, data Trade Balance New Zealand bagi bulan September menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak -2139M kepada -2171M. Defisit perdagangan yang tinggi adalah berpunca daripada peningkatan perbelanjaan pengguna dan permintaan yang lebih tinggi terhadap barangan import seperti peralatan jentera yang diperlukan dalam sektor pembinaan serta kenderaan elektrik. Walaubagaimanapun, optimisme terhadap isu koronavirus telah mengehadkan momentum bearish dolar New Zealand. Menurut kepada Deputy Prime Minister Grant Robertson, beliau menjangkakan bahawa daerah Counties Manukau akan mencapai sasaran sebanyak 90 peratus bilangan rakyatnya untuk menerima suntikan vaksinasi pertama dalam minggu ini.  Robertson juga yakin bahawa kawalan pergerakan di Auckland akan dilonggarkan pada akhir bulan November setelah daerah Counties Manukau dan kedua-dua daerah Auckland yang lain menerima suntikan vaksinasi yang penuh. Semasa penulisan, pasangan NZD/USD menyusut sebanyak 0.03% ke 0.7161.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.24% ke $84.30 setong semasa penulisan berikutan dengan data inventori minyak AS yang negatif. Untuk masa ini, pasaran minyak mentah terus mengalami tekanan selepas data API terkini melaporkan peningkatan mendadak dalam inventori minyak mentah. Para pelabur kini melihat ke arah EIA untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.01% kepada $1792.92 se troy auns di tengah-tengah pengukuhan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22:00                     CAD                      BoC Monetary Policy Report

23:00                     CAD                      BOC Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Sep) 0.30% 0.40%
22:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -0.431M 1.857M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 93.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 93.40.

 

Tahap rintangan: 93.85, 94.45

Tahap sokongan: 93.40, 93.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3755. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.3880.

 

Tahap rintangan: 1.3880, 1.4005

Tahap sokongan: 1.3755, 1.3650

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1615. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1615, 1.1680

Tahap sokongan: 1.1530, 1.1455

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 113.20.

 

Tahap rintangan: 114.60, 115.85

Tahap sokongan: 111.20, 112.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7485. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7565.

 

Tahap rintangan: 0.7565, 0.7660

Tahap sokongan: 0.7485, 0.7410

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7155. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.7230.

 

Tahap rintangan: 0.7230, 0.7300

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7080

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2410. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.2295.

 

Tahap rintangan: 1.2410, 1.2500

Tahap sokongan: 1.2295, 1.2200

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9215. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9140.

 

Tahap rintangan: 0.9215, 0.9295

Tahap sokongan: 0.9140, 0.9080

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 84.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 79.35.

 

Tahap rintangan: 84.00, 88.40

Tahap sokongan: 79.35, 75.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1781.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1812.80, 1831.50

Tahap sokongan: 1791.40, 1748.55