27 November 2020 Analisis Sesi Petang
Yen meningkat susulan Jepun melanjutkan pelan rangsangan.
Semasa lewat sesi Asia, Yen Jepun terus melanjutkan keuntungannya terhadap dolar dan pasangan mata wang lain susulan dengan pengumuman kerajaan Jepun mengenai rangsangan bantuan koronavirus (COVID-19). Menurut kepada Reuters, kerajaan yang diketuai oleh Yoshihide Suga menyatakan bahawa mereka akan melanjutkan skim rangsangan untuk firma yang dijejaskan oleh COVID-19 sehingga ke Februari. Tarikh akhir skim ini sepatutnya akan berakhir pada bulan Disember. Pada masa yang sama, mata wang Yen yang selamat juga didorong oleh keraguan terhadap vaksin AstraZeneca. AstraZeneca Plc dan University of Oxford menghadapi banyak pertanyaan mengenai data percubaan vaksin Covid-19 mereka setelah mengakui kesalahan pembuatan. Data yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut kini telah menimbulkan kebimbangan, dengan beberapa menyatakan keraguan tentang adakah pengawal selia A.S. akan meluluskannya. Pada masa penulisan, USD / JPY jatuh sebanyak 0.17% ke 104.06.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah bercampuran tetapi kekal stabil dan meningkat sebanyak 0.47% kepada $ 45.00 setong semasa penulisan. Setakat ini, kekhuatiran mengenai bekalan yang berlebihan dan keraguan terhadap vaksin mulai memberi tekanan terhadap komoditi tersebut. Namun, sentimen secara keseluruhan tetap disokong oleh optimisme pasaran terhadap rancangan OPEC untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran dan prospek pemulihan dalam permintaan. Sebaliknya, harga emas kekal lemah dan turun sebanyak 0.07% kepada $ 1808,02 se troy auns pada masa penulisan kerana sentimen penghindaran risiko tetap rendah disebabkan oleh optimisme pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 91.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 94.00, 95.85
Tahap sokongan: 91.75, 90.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3310. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3400.
Tahap rintangan: 1.3400, 1.3475
Tahap sokongan: 1.3310, 1.3220

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1925. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1925, 1.1965
Tahap sokongan: 1.1885, 1.1855

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 104.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 103.85.
Tahap rintangan: 104.30, 104.65
Tahap sokongan: 103.85, 103.15

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7365. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7365, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7270

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.7035. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7035, 0.7110
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6820

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3030. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3030, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2960, 1.2875

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9055. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9100, 0.9140
Tahap sokongan: 0.9055, 0.8980

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 44.80. MACD yang memaparkan momentum bearish momentum yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 46.25, 47.85
Tahap sokongan: 44.80, 42.95

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 1815.60. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1782.00.
Tahap rintangan: 1835.15, 1862.90
Tahap sokongan: 1782.00, 1761.80