27 Disember 2019 Analisis Sesi Pagi
Yen menyusut susulan dengan peningkatan selera risiko
Dolar AS telah meningkat berbanding dengan Yen Jepun pada hari Khamis yang lalu susulan dengan prospek positif untuk perang perdagangan, yang selanjutnya mendorong sentimen berisiko di pasaran sambil memberi tekanan bearish ke atas pasangan aset selamat seperti Yen Jepun. Menurut daripada Reuters, Beijing menegaskan pada hari Rabu yang lalu bahawa perundingan di antara China dan Amerika Syarikat berjalan dengan lancar. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa perjanjian perdagangan “fasa pertama” akan ditandatangani tidak lama lagi. Tambahan pula, Yen Jepun menerima penjualan yang lanjut selepas pernyataan dovish yang diberikan oleh Bank Pusat Jepun. Menurut daripada Reuters, Gabenor Bank Pusat Jepun Haruhiko Kuroda pada hari Khamis yang lalu menegaskan bahawa mereka akan terus memantau perkembangan ekonomi di Jepun. Walau bagaimanapun, bank pusat Jepun akan mengurangkan kadar faedah tanpa teragak-agak jika sasaran inflasi 2% di Jepun tidak dapat dicapai. Sebaliknya, dolar Australia melonjak semalam berikutan dengan prospek positif untuk resolusi perang perdagangan, yang selanjutnya mendorong beberapa permintaan untuk mata wang yang sensitif berisiko seperti dolar Australia. Semasa penulisan, USD/JPY telah menyusut sebanyak 0.05% ke 109.54 manakala AUD/USD mencatat keuntungannya sebanyak 0.01% ke 0.6945.
Bagi pasaran komoditi, pasaran minyak mentah telah meningkat pada hari Khamis yang lalu susulan dengan para pelabur menjangkakan resolusi untuk perang perdagangan akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi global, yang selanjutnya akan meningkatkan permintaan untuk komoditi tersebut pada masa yang akan datang. Selain itu, menurut daripada American Petroleum Institute (API), inventori minyak mentah A.S. telah menyusut sebanyak 7.9 juta tong untuk minggu terakhir pada 20 Disember berbanding kenaikan sebelumnya sebanyak 4.7 juta tong, yang juga selanjutnya memberikan sokongan kenaikan ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas melonjak semalam susulan dengan para pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti emas untuk mengelakkan penurunan dalam pasaran saham pada awal tahun 2020. Semasa penulisan, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.8% ke $61.66 se tong manakala harga emas telah didagang dengan rata pada $1510.88 se tory auns.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 23:30 | CrudeOil – Crude Oil inventories | -1.085M | – | — |
| 02:00
28hb |
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 685 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.55, 98.15
Tahap sokongan: 97.05, 96.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2950. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3115.
Tahap rintangan: 1.3115, 1.3225
Tahap sokongan: 1.2950, 1.2835

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1075. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1125.
Tahap rintangan: 1.1125, 1.1160
Tahap sokongan: 1.1075, 1.1025

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 109.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 109.25.
Tahap rintangan: 109.65, 109.95
Tahap sokongan: 109.25, 108.90

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6910. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6965.
Tahap rintangan: 0.6965, 0.7020
Tahap sokongan: 0.6910, 0.6850

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6680. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6680, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6620, 0.6560

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3105. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3165, 1.3220
Tahap sokongan: 1.3105, 1.3050

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9800. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9870.
Tahap rintangan: 0.9870, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9800, 0.9730

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 60.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 62.60.
Tahap rintangan: 62.60, 63,70
Tahap sokongan: 60.70, 58.85

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1513.30. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1513.30, 1531.60
Tahap sokongan: 1488.25, 1462.60