83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Disember 2019                             Analisis Sesi Petang

Pound menjunam di tengah tengah ketidakpastian Brexit meningkat.

Harga mata wang Pound merosot di tengah-tengah jalan masa depan Brexit masih tidak jelas, kemungkinan Brexit keras telah meningkat baru-baru ini. Selepas percutian Hari Natal, para peserta pasaran telah kembali ke pasaran FX, kebimbangan mengenai Brexit keras terus menimbang pada mata wang tunggal ini. Pada masa ini, sentimen pasaran pound menjadi suram kerana Perdana Menteri UK Boris Johnson akan menggunakan majoritinya dan mengekalkan pendirian tegasnya dalam perbincangan dengan Kesatuan Eropah. Selepas memenangi pilihan raya umum dengan kerusi majoriti, Boris Johnson dengan segera menulis janjinya ke dalam undang-undang bahawa UK akan meninggalkan EU pada tahun 2020 dan tidak ada sebarang perpanjangan masa peralihan pada masa depan. Walau bagaimanapun, pasaran kelihatan kurang yakin dengan keputusan Boris Johnson kerana mereka meragui bahawa UK mungkin tidak dapat mencapai kesepakatan dengan EU dalam hal perjanjian perdagangan, keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang dalam masa yang terhad. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.04% ke 1.2985. Sebaliknya, pasangan USD/JPY merosot 0.12% ke 109.50 di tengah-tengah data ekonomi yang baik dari Jepun mencetuskan tekanan beli yang besar pada Yen Jepun. Menurut data ekonomi, Jepun Tokyo CPI Core dan data Industrial Production mencapai bacaan sebanyak 0.8% dan -0.9%, lebih tinggi daripada ramalan ekonomi 0.6% dan -1.4%, sementara menunjukkan sedikit peningkatan dalam keadaan ekonomi Jepun selepas melonggarkan dasar monetari mereka untuk tempoh yang panjang.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.13% ke $61.80 setong di tengah penyusutan ketegangan perdagangan antara dua negara yang mempunyai ekonomi terbesar dan penurunan minyak mentah yang besar dalam data inventori API terus menimbang pada komoditi hitam ini. Di samping itu, harga emas naik 0.17% ke $ 1513.80 satu troy auns di tengah fenomena ‘tax loss harvesting’ telah meningkatkan permintaan emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
23:30 CrudeOil – Crude Oil inventories -1.085M
02:00

(28hb)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 685

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintanga sebelumnya di 97.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 96.85.

 

Tahap rintangan: 97.25, 97.70

Tahap sokongan: 96.85, 96.25

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2965. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3035.

 

 

Tahap rintangan: 1.3035, 1.3085

Tahap sokongan: 1.2965, 1.2895

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1075. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1170.

 

Tahap rintangan: 1.1170, 1.1240

Tahap sokongan: 1.1075, 1.1005

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 109.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 109.25.

 

Tahap rintangan: 109.70, 110.25

Tahap sokongan: 109.25, 108.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6925. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6965.

 

Tahap rintangan: 0.6965, 0.7005

Tahap sokongan: 0.6925, 0.6880

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 0.6665. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6695, 0.6725

Tahap sokongan: 0.6665, 0.6640

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3145. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3085.

 

Tahap rintangan: 1.3145, 1.3210

Tahap sokongan: 1.3085, 1.3020

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9810. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat muncul sebelum memasuki pasaran ini.

 

Tahap rintangan: 0.9810, 0.9845

Tahap sokongan: 0.9770, 0.9725

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 60.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 62.35.

 

Tahap rintangan: 62.35, 63,05

Tahap sokongan: 60.80, 59.70

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji tahap rintangan 1513.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap sokongan di 1501.95.

 

Tahap rintangan: 1513.55, 1530.05

Tahap sokongan: 1501.95, 1490.35