83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Februari 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

 

Dolar mengukuh susulan isyarat hawkish Powell.

Dolar AS mempertahankan kedudukannya berbanding dengan enam mata wang utama yang lain berikutan dengan komen positif dari Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell. Indeks dolar mencatat keuntungan sebanyak 0.14% ke 95.97. Di dalam testimoni untuk hari kedua, Powell telah memberikan pandangan yang positif terhadap ekonomi AS sambil menambah bahawa saiz penyata imbangan akan ditentukan oleh permintaan bagi liabiliti. Selain itu, Powell juga menyatakan bahawa mereka akan membebaskan rangka kerja bagi mengakhiri normalisasi penyata imbangan yang bakal mengakhiri proses penjualan aset tersebut. Tambahan pula, dolar AS menerima sokongan menaik dengan lebih lanjut susulan dengan pembebasan data Pending Home Sales yang positif untuk bulan Januari. Walaubagaimanapun, kenaikan pada dolar adalah terhad selepas pound sterling meneruskan kenaikannya pada semalam. Menurut kepada laporan, pemimpin dari EU menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan inisiatif untuk menangguhkan tarikh akhir Brexit sekiranya perjanjian perdagangan gagal untuk dicapai menjelang 29hb Mac nanti. Tindakan tersebut bakal memberikan ruang kepada kedua-dua negara dalam mencapai konsensus dan ia boleh mengurangkan risiko kemelesetan ekonomi. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.04% ke 1.3304.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat lebih daripada 1% ke paras $56.98 setong. Pasaran bullish pulang kepada komoditi ini selepas EIA melaporkan penurunan pada stok minyak mentah bagi minggu lepas sebanyak 8.647 juta tong, penurunan kali pertama di dalam tempoh 6 minggu. Selain itu, harga minyak mentah menerima sokongan bullish yang lebih lanjut selepas OPEC menentang seruan Trump sambil menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai pelan untuk meningkatkan kadar pembekalan harian mereka. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.26% ke $1,319.95 se troy auns berikutan dengan perubahan pada sentimen pasaran terhadap aset yang berisiko tinggi.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:00 EUR – German CPI (MoM) (Feb) -0.8% 0.5%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 216K 221K
21:30 USD – GDP (QoQ) (Q4) 3.4% 2.6%
22:45 USD – Chicago PMI (Feb) 56.7 58.1

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 96.00. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 96.00.

 

Tahap rintangan: 96.00, 96.65

Tahap sokongan: 95.50, 95.00

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3350.

 

Tahap rintangan: 1.3350, 1.3400

Tahap sokongan: 1.3235, 1.3170

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1360. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah 1.1400.

 

Tahap rintangan: 1.1400, 1.1440

Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 110.50.

 

Tahap rintangan: 111.00, 111.45

Tahap sokongan: 110.50, 110.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.7105.

 

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7225

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7070

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6820.

 

Tahap rintangan: 0.6890, 0.6935

Tahap sokongan: 0.6820, 0.6780

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3175, 1.3220

Tahap sokongan: 1.3120, 1.3070

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.0015. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.9995.

 

Tahap rintangan: 1.0015, 1.0040

Tahap sokongan: 0.9995, 0.9980

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 57.45. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 57.45, 58.55

Tahap sokongan: 56.45, 55.60

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1323.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1323.00, 1329.00

Tahap sokongan: 1315.00, 1303.00