83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Mac 2022                        Analisis Sesi Pagi

Dolar AS meningkat susulan dengan dasar fiskal dari Biden.

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan keuntungannya berikutan Presiden AS Joe Biden mencadangkan untuk melaksanakan cukai minimum ke atas bilionair sebagai sebahagian daripada dasar fiskal untuk tahun 2023. Butiran lanjut dijangkakan akan diumumkan pada hari Isnin, menurut White House. Pelan dasar fiskal akan ditetapkan pada kadar cukai minimum 20% ke atas isi rumah yang bernilai lebih daripada $100 juta, menyasarkan jutawan Amerika Syarikat. Menurut pihak berkuasa AS, rancangan tersebut akan memberi kuasa kepada isi rumah yang kaya itu untuk membayar cukai minimum sebanyak 20% ke atas semua pendapatan mereka yang masuk termasuk pendapatan pelaburan yang tidak direalisasikan. Pengetatan dasar fiscal akan membantu mengurangkan defisit belanjawan semasa sebanyak kira-kira $360 bilion dalam dekad akan datang, melindungi pertumbuhan ekonomi untuk Amerika Syarikat. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.02% ke 98.81.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan keuntungannya sebanyak 1.18% ke $114.45 setong semasa penulisan. Pasaran minyak terus didagang dengan lebih tinggi di tengah-tengah para pelabur mencerna kesan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan minyak di Arab Saudi. Houthi Yaman mendakwa bahawa mereka melancarkan serangan ke atas kemudahan tenaga Saudi pada hari Jumaat, yang selanjutnya mencetuskan kebimbangan ke atas kekurangan bekalan minyak. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.02% ke $1958.20 sehingga semasa penulisan di tengah-tengah peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine terus mencetuskan risiko inflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:00                     GBP                                        BoE Gov Bailey Speaks

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 99.35, 100.40

Tahap sokongan: 97.80, 96.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1.3195, 1.3285

Tahap sokongan: 1.3125, 1.3010

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1135, 1.1245

Tahap sokongan: 1.0985, 1.0895

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 122.95, 125.55

Tahap sokongan: 119.90, 116.15

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7525, 0.7595

Tahap sokongan: 0.7410, 0.7250

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6975. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6975, 0.7045

Tahap sokongan: 0.6905, 0.6800

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750

Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.9425, 0.9580

Tahap sokongan: 0.9295, 0.9115

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 114.45, 120.10

Tahap sokongan: 110.45, 106.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum yang berkurangan bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1973.00, 2005.00

Tahap sokongan: 1946.35, 1912.60