28 April 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Aussie tetap stabil susulan dengan pelonggaran sekatan.
Semasa lewat sesi Asia, mata wang Aussie yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah berundur dari kenaikan sebelumnya, tetapi ia tetap stabil secara keseluruhan susulan dengan isyarat pelonggaran sekatan. Menurut kepada perkembangan terbaru, negeri- negeri di Australia telah bermula untuk melonggarkan sekatan pergerakan oleh kerana kadar jangkitan yang baru telah menyusut. Pada hari Isnin, Australia mencatatkan hanya tujuh kes koronavirus baru dan tidak ada sebarang kematian yang baru, membawa jumlah keseluruhan kepada 6721 kes yang disahkan dan jumlah kematian senbanyak 83 orang. Pantai Bondi yang terkenal di Sydney dibuka semula untuk peluncur pada hari Selasa. Pembukaan semula telah membantu mata wang yang sensitif kepada risiko untuk kekal berada di paras tinggi. Namun, para pelabur masih akan terus memantau keadaan koronavirus untuk mengukur sentimen lebih lanjut untuk pasangan ini. Pada masa penulisan, AUD / USD telah berundur sebanyak 0.12% hingga 0.6441.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.23% kepada $11.05 setong pada tahap penulisan di tengah-tengah isu kapasiti simpanan yang terhad. Pada masa ini, para pelabur masih khuatir bahawa tidak ada tempat untuk menyimpan semua minyak yang tidak digunakan kerana penurunan dalam aktiviti ekonomi global yang disebabkan oleh sekatan yang dikenakan di seluruh dunia untuk menangani penyebaran koronavirus yang baru. Sebaliknya, harga emas juga menyusut sebanyak 1.00% kepada $ 1697.11 se troy auns pada saat penulisan berikutan dengan kenaikan dolar dan pelonggaran sekatan yang mendorong para pelabur mengambil risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Apr) | 120.0 | 88.0 | – |
| 04:30
(29th) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 13.226M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 99.85. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 100.30.
Tahap rintangan: 100.30, 100.75
Tahap sokongan: 99.85, 99.60

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1.2395. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2460, 1.2505
Tahap sokongan: 1.2395, 1.2310

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0820. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0855, 1.0910
Tahap sokongan: 1.0820, 1.0785

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 107.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 107.40, 107.75
Tahap sokongan: 107.05, 106.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6445. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetualn teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6445, 0.6615
Tahap sokongan: 0.6285, 0.6160

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.5990. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6030, 0.6070
Tahap sokongan: 0.5990, 0.5955

USDCAD, H1: USDCAD teah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.4045. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.4115.
Tahap rintangan: 1.4115, 1.4185
Tahap sokongan: 1.4045, 1.4000

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.9780. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9780, 0.9880
Tahap sokongan: 0.9630, 0.9510

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 10.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 13.70, 18.05
Tahap sokongan: 10.70, 6.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1695.90. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1737.25, 1770.40
Tahap sokongan: 1693.90, 1663.25