83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Mei 2018                Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mei 28 – Jun 1

Kajian Pasaran (Forex): Mei 21 – 25

Dolar A.S.

Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya sambil mencapai paras tinggi enam bulan yang baru berbanding dengan mata wang utama yang lain berikutan dengan data ekonomi AS yang masih kukuh untuk menampung kenaikan kadar yang seterusnya dari Bank Pusat AS (Fed). Indeks dolar mencatat keuntungan sebanyak 0.53% sambil menutup minggu lalu di paras 94.25.

 

Menurut kepada US Commerce Department, US Core Durable Goods Orders telah meningkat sebanyak 0.9% bagi bulan April, lebih baik daripada ramalan ekonomis untuk meningkat hanya 0.5%. Sementara itu, data US Nondefense capital goods ex-aircraft melonjak sebanyak 1.0% dan ia memaparkan perbelanjaan perniagaan yang lebih tinggi dari rantau tersebut.

 

Kedua-dua data ini memaparkan bahawa perkembangan ekonomi adalah masih berkembang dengan optimistik untuk menampung kenaikan kadar dari Fed yang masih mempunyai sebanyak dua kali bagi tahun ini. Namun, keuntungan pada dolar adalah masih terhad selepas Fed menurunkan harapan para pelabur yang mengharapkan tiga kenaikan kadar susulan dengan isyarat Fed untuk membenarkan kadar inflasi melebihi sasaran 2% bagi memastikan kekukuhannya untuk bertumbuh secara konsisten pada jangka panjang.

 


 

US Core Durable Goods Orders

—– Ramalan

US Core Durable Goods Orders memberikan bacaan sebanyak 0.9% berbanding dengan ramalan hanya 0.5% bagi bulan April.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.16% ke 109.43 semasa lewat sesi dagangan Jumaat selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un menyeru untuk mengadakan rundingan dengan AS pada bila-bila masa susulan dengan pembatalan sidang kemuncak diantara dua buah negara tersebut oleh Presiden Donald Trump baru-baru ini.

 

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD menjunam sebanyak 0.59% ke $1.1650 selepas Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy mendapat undian no-confidence sementara risiko politik dari Itali masih memberi tekanan ke atas mata wang tunggal tersebut.

 

 

GBP/USD

GBP/USD melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.63% ke $1.3296 susulan dengan permintaan yang lebih tinggi ke atas dolar.

 


 

Kajian Pasaran (Komoditi): Mei 21 – 25

GOLD

Harga emas susut sedikit semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat susulan dengan lantunan dolar AS serta penyusutan ketegangan geopolitik di Semenanjung Korea. Harga komoditi berharga tersebut menurun sebanyak 0.25% sambil menutup niaga minggu lalu di paras $1,301.60 se troy auns.

 

Aset selamat tersebut telah memangkas keuntungan yang dicapai seawalnya berikutan dengan lantunan dolar AS berlatarbelakangkan laporan ekonomi yang boleh menampung kenaikan kadar faedah dari Fed. Sementara itu, harganya juga telah mengalami tekanan yang lebih lanjut selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un menegaskan kesudian mereka untuk berunding dengan AS walaupun Trump membatalkan sidang kemuncak bulan hadapan.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menjunam secara mendadak pada hari Jumaat yang lalu berikutan dengan isyarat pasaran untuk meningkatkan pembekalan minyak mereka untuk membendung kekurangan eksport dari Iran dan Venezuela. Harga komoditi hitam tersebut menjunam lebih daripada 4.46% ambil menutup minggu lalu di paras $67.42 setong.

 

Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) serta Rusia memberikan cadangan untuk meningkatkan pembekalan mereka selepas pengeluaran dari dua ahli OPEC iaitu Iran dan Venezuela berkemungkinan untuk susut di dalam tempoh masa yang terdekat.

 

Iran – salah satu pengeluar utama dari OPEC berkemungkinan untuk dikenakan sekata antarabangsa oleh AS selepas Presiden Donald Trump menarik diri dari perjanjian nuklear dengan negara tersebut. Selain itu, pembekalan minyak dari Venezuela makin menyusut berlatarbelakangkan ketidaktentuan politik di negara tersebut akibat daripada polisi yang bersifat diktator serta keputusan pilihanraya yang tidak mendapat sokongan dari komuniti global.

 

Peningkatan pembekalan ini dijangka untuk dibentangkan pada bulan depan diantara kesemua ahli dan bukan ahli OPEC di Vienna. Para pelabur akan memberikan tumpuan mereka ke atas keputusan mesyuarat tersebut bagi mendapat prospek serta sentimen pasaran terhadap harga dan pandangan jangka panjang terhadap komoditi tersebut.

 


 

Pandangan Mingguan: Mei 28 – Jun 1

Para pelabur akan memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pembebasan data utama dari AS terutamanya Nonfarm Payrolls dan ADP Nonfarm Employment Change. Sementara itu, ketidaktentuan politik global serta isu AS-Korea Utara juga akan dipantau bagi mendapatkan prospek para pelabur terhadap dolar AS dan aset selamat seperti emas.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mei 28 – Jun 1

Isnin, Mei 28  

Data

N/A

 

Acara

N/A

 

Selasa, Mei 29  

Data

USD – CB Consumer Confidence (May)

 

Acara

USD – FOMC Member Bullard Speaks

 

Rabu, Mei 30  

Data

AUD – Building Approvals (MoM) (Apr)

EUR – German Unemployment Change (May)

EUR – German Unemployment Rate (May)

EUR – German CPI (MoM) (May)

USD – ADP Nonfarm Employment Change (May)

USD – GDP (QoQ) (Q1)

USD – GDP Price Index (QoQ) (Q1)

CAD – RMPI (MoM) (Apr)

CAD – BoC Interest Rate Decision

 

Acara

NZD – RBNZ Gov Orr Speaks

CAD – BoC Rate Statement

 

Khamis, Mei 31  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

JPY – Industrial Production (MoM) (Apr)

CNY – Manufacturing PMI (May)

CNY – Non-Manufacturing PMI (May)

EUR – German Retail Sales (MoM) (Apr)

EUR – CPI (YoY) (May)

USD – Core PCE Price Index (MoM) (Apr)

USD – Initial Jobless Claims

USD – Personal Income (MoM) (Apr)

USD – Personal Spending (MoM) (Apr)

CAD – GDP (MoM) (Mar)

USD – Pending Home Sales (MoM) (Apr)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

CrudeOIL – Gasoline Inventories

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, Jun 1

 

 

Data

CNY – Caixin Manufacturing PMI (May)

EUR – German Manufacturing PMI (May)

GBP – Manufacturing PMI (May)

USD – Average Hourly Earnings (MoM) (May)

USD – Nonfarm Payrolls (May)

USD – Unemployment Rate (May)

USD – ISM Manufacturing PMI (May)

USD – ISM Manufacturing Employment (May)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

USD – FOMC Member Bostic Speaks

USD – FOMC Member Bullard Speaks

USD – FOMC Member Kaplan Speaks

USD – FOMC Member Kashkari Speaks

 


 

Analisis Teknikal Mingguan: Mei 28 – Jun 1

 

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Weekly: Indeks dolar telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 92.15. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan bias bullish. Justeru, pemecahan dari sasaran 94.20 akan membekalkan pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 94.20, 95.90

Tahap sokongan: 92.15, 88.80


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3445. MACD histogram dan kedua-dua garisan MA yang memaparkan isyarat dan momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran bearish selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3300.

 

Tahap rintangan: 1.3445, 1.3600

Tahap sokongan: 1.3300, 1.3170

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan aliran menaik baru-baru ini. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran bearish selepas ia menembusi tahap sokongan di 109.35.

 

Tahap rintangan: 110.50, 111.35

Tahap sokongan: 109.35, 108.25

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun sementara kini menguji di sasaran 1.1700. MACD histogram yang memaparkan pembentukan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebelum meneruskan aliran bearish selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1.1700, 1.1850

Tahap sokongan: 1.1600, 1.1445

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan pembentukan isyarat pembalikan dari paras overbought mencadangkan harganya untuk meneruskan aliran menurun dan menuju ke arah tahap sokongan di 1285.95.

 

Tahap rintangan: 1300.00, 1312.70

Tahap sokongan: 1285.95, 1266.90

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah menjunam secara mendadak selepas ia berundur dari tahap rintangan 72.50. MACD histogram yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 67.30.

 

Tahap rintangan: 69.30, 72.50

Tahap sokongan: 67.30, 65.70