28 Mei 2020 Analisis Sesi Pagi
Euro melonjak susulan dengan EU akan mengemukakan pelan rangsangan yang baru .
Di antara semua pasaran mata wang utama, euro berjaya meneruskan aliran menaik sambil mencecah tahap tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan berikutan Kesatuan Eropah mencadangkan pelan rangsangan baru untuk menyelamatkan negara-negara Eropah daripada kerosakan wabak. Sejak tercetusnya Covid-19, ECB dan pemerintah EU telah bekerjasama untuk melaksanakan perbagai jenis pelan rangsangan ekonomi untuk membatasi kesan negatif virus terhadap negara mereka. Semalam, Ketua Kesatuan Eropah Ursula von der Leyen telah mendedahkan satu pakej pemulihan pasca-koronavirus yang bernilai 750 juta euro, berikutan kemerosotan ekonomi yang disebabkan oleh wabak tersebut. Walau bagaimanapun, rancangan itu masih belum diketahui kerana keputusan akhir akan dibuat pada Sidang Kemuncak EU yang akan datang. Sementara itu, nada yang hawkish daripada Pengerusi ECB Christine Lagarde terhadap prospek ekonomi juga semakin meningkatkan daya tarikan pasaran euro. Dalam salah satu laporan, Christine Lagarde menyatakan bahawa dia tidak terlalu khuatir bahawa pandemi koronavirus akan menimbulkan keadaan bahaya berlaku di zon Eropah sekali lagi. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD meningkat 0.05% ke 1.1010.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.37% ke $32.10 setong susulan dengan Rusia ingin menurunkan pemotongan minyak. Menurut kepada laporan, Rusia sedang merancang untuk mulai mengurangkan pemotongan pengeluaran minyak setelah akhir bulan Jun, harga niaga hadapan minyak mentah terus didagang di bawah paras $35.00 setong. Selain itu, harga emas meningkat 0.05% ke 1709.95 setroy auns disebabkan oleh kelemahan pasaran dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM)(Apr) | -0.6% | -14.0% | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ)(Q1) | -4.8% | -4.8% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 2,438K | 2,100K | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM)(Apr) | -20.8% | -15.0% | – |
| 23:00 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -4.983M | -2.500M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 98.80. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 98.80.
Tahap rintangan: 99.75, 100.65
Tahap sokongan: 98.80, 98.15

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2215. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2305.
Tahap rintangan: 1.2305, 1.2370
Tahap sokongan: 1.2215, 1.2160

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1025. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 1.1025.
Tahap rintangan: 1.1025, 1.1115
Tahap sokongan: 1.0980,1.0940

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 108.20.
Tahap rintangan: 108.20, 109.40
Tahap sokongan: 107.20, 106.25

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6555. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6705.
Tahap rintangan: 0.6705, 0.6810
Tahap sokongan: 0.6555, 0.6370

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6150. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.6205, 0.6250
Tahap sokongan: 0.6150, 0.6065

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3855. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3670.
Tahap rintangan: 1.3855, 1.3980
Tahap sokongan: 1.3670, 1.3380

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9700. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9650.
Tahap rintangan: 0.9700, 0.9740
Tahap sokongan: 0.9650, 0.9575

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 31.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 31.25.
Tahap rintangan: 34.35, 38.00
Tahap sokongan: 31.25, 28.80

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1709.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1718.20.
Tahap rintangan: 1718.20, 1726.05
Tahap sokongan: 1709.45, 1695.15