28 Mei 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS susulan dengan data GDP yang bearish.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menerima beberapa momentum bearish semalam susulan dengan data ekonomi GDP yang negatif semalam, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di A.S. Menurut kepada Bureau of Economic Analysis, A.S. Gross Domestik Produk (GDP) untuk suku terakhir telah memberi bacaan sebanyak 6.4%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 6.5%. Pada masa kini, para pelabur akan menumpukan pada data inflasi A.S. yang dijadualkan pada hari Jumaat. Kenaikan yang ketara dalam kadar inflasi tersebut akan mendorong Bank Pusat A.S. untuk mengetatkan dasar monetari untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi pada masa yang akan datang. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan data pekerjaan yang bullish dari rantau A.S. Menurut kepada Department of Labor, A.S. Initial Jobless Claims telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 444K ke bacaan sebanyak 406K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 425K. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.04% ke 90.00.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.57% ke $67.23 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan para pelabur membuat jangkaan bahawa permintaan minyak mentah dalam jangka pendek akan meningkat dengan ketara susulan dengan sesi percutian A.S. Persatuan Automobil Amerika Syarikat menjangkakan bahawa sebanyak 37 juta orang akan memandu keretanya untuk perjalanan, meningkat sebanyak 60% daripada jumlah 23 juta yang ditindas oleh pandemi tahun lalu. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.04% ke $1896.65 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 90.10.Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 90.10, 90.70
Tahap sokongan: 89.55, 89.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.4230.MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4130, 1.4335
Tahap sokongan: 1.4185, 1.4000

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2165. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2245, 1.2340
Tahap sokongan: 1.2165, 1.2065

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 109.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.35.
Tahap rintangan: 110.35, 110.80
Tahap sokongan: 109.65, 109.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7715. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan in untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7780, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7715, 0.7685

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7300. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7300, 0.7360
Tahap sokongan: 0.7240, 0.7155

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2130. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2040.
Tahap rintangan: 1.2130, 1.2190
Tahap sokongan: 1.2040, 1.1985

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.8950. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9075, 0.9155
Tahap sokongan: 0.8950, 0.8875

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 66.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 67.95.
Tahap rintangan: 67.95, 70.00
Tahap sokongan: 66.25, 63.60

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1890.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1908.35.
Tahap rintangan: 1908.35, 1922.90
Tahap sokongan: 1890.70, 1876.00