83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Mei 2021                        Analisis Sesi Petang

 

Paun melonjak susulan dengan isyarat hawkish BoE.

Paun Sterling telah meningkat selepas penyataan hawkish dari Bank Pusat U.K. telah dibebaskan semalam, yang selanjutnya meningkatkan daya tarikan ke atas Paun Sterling. Menurut kepada Reuters, Bank Pusat U.K. telah menegaskan bahawa mereka akan meningkatkan kadar faedah secepat paruh pertama tahun depan selepas sektor pekerjaan di negara U.K. memulih dengan ketara, tetapi kemungkinan besar akan menunggu sehingga kemudian pada tahun 2022, kata pembuat dasar BoE, Gertjan Vlieghe pada hari Khamis. Hasil bon kerajaan U.K. telah melonjak susulan dengan penyataan dari Vlieghe, yang meningkatkan permintaan ke atas Paun Sterling. Di samping itu, Bank Pusat U.K. juga menjangkakan bahawa inflasi harga pengguna U.K. akan melebihi 2.5% pada akhir tahun ini susulan dengan pemulihan ekonomi selepas wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, beberapa Jawatankuasa Dasar Monetari masih menegaskan bahawa risiko inflasi akan tetap stabil dalam jangka panjang. Penyataan keseluruhan dari BoE adalah tetap kabur, justerunya para pelabur masih perlu memantau perkembangan mengenai dasar monetari dari BoE untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.10% ke 1.4190.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.48% ke $67.17 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan tinjauan permintaan minyak mentah yang positif di tengah-tengah beberapa negara seperti A.S., Eropah dan China meneruskan pemulihan ekonominya. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.16% ke $1893.55 se troy auns susulan dengan data pekerjaan di A.S. memberi bacaan yang positif, yang selanjutnya mencetuskan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mengurangkan daya tarikan ke atas aset selamat emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 90.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 90.20, 90.65

Tahap sokongan: 89.50, 88.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.4205. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.4205, 1.4285

Tahap sokongan: 1.4105, 1.4010

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2175. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.225.

 

Tahap rintangan: 1.2225, 1.2260

Tahap sokongan: 1.2175, 1.2130

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 109.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.45.

 

Tahap rintangan: 110.45, 110.95

Tahap sokongan: 109.75, 109.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7735. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7805, 0.7860

Tahap sokongan: 0.7735, 0.7680

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagagn dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7265. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7330, 0.7395

Tahap sokongan: 0.7265, 0.7210

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran darai tahap rintangan 1.2135 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arahp tahap sokongan 1.2030.

 

Tahap rintangan: 1.2135, 1.2270

Tahap sokongan: 1.2030, 1.1915

 

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagnag dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.8990.

 

Tahap rintangan: 0.8990, 0.9045

Tahap sokongan: 0.8940, 0.8880

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 66.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 68.35.

 

Tahap rintangan: 68.35, 70.40

Tahap sokongan: 66.60, 64.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1889.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan sebut.

 

Tahap rintangan: 1909.20, 1928.25

Tahap sokongan: 1889.30, 1863.25