83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Jun 2019                         Analisis Sesi Pagi

 

Pasaran didagang tipis menjelang perundingan perdagangan.

Pasaran FX telah didagang secara rata menjelang sidang kemuncak G20 di Osaka, Jepun pada minggu ini di mana pemimpin-pemimpin 20 buah negara daripada seluruh dunia akan bertemu untuk membincang tentang isu ekonomi global. Salah satu tajuk utama adalah perundingan perdagangan di antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping di mana para pelabur masih khuatir terhadap perkembangan perundingan tersebut. Menurut kepada Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin, perjanjian perdagangan telah hampir siap dengan kadar sebanyak 90%. Namun, menurut kepada Presiden Trump, beliau menjangkakan perjanjian yang lebih baik daripada China terutamanya mengenai perlindungan IP dan juga pembukaan pasaran China kepada pelabur AS. Trump telah mengancam untuk meningkatkan tarif sebanyak 10% – 25% ke atas $300 bilion barangan China sekiranya perjanjian tidak dicapai semasa sidang kemuncak G20. Oleh kerana perang perdagangan tersebut boleh menjejaskan ekonomi pada skala global, isyarat yang bercampuran telah menyebabkan para pelabur untuk memasuki ke dalam pasaran aset selamat sementara menunggu hasil perundingan perdagangan. Dari segi data ekonomi, pembebasan data GDP dan Pending Home Sales AS yang selaras dengan ramalan ekonomis telah membawakan impak yang kecil ke atas pasaran dengan bacaan sebanyak 3.1% dan 1.1% masing-masing. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.01% ke 95.67 sementara pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.07% ke 107.70 semasa penulisan.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.30% ke $59.43 setong. Sentimen bullish pasaran minyak terkini adalah didorong oleh penurunan dalam paras inventori minyak yang dilaporkan oleh pihak API dan EIA. Pedagang minyak kini akan memberi fokus kepada hasil perundingan perdagangan di mana ketegangan yang selanjutnya bakal menjejaskan permintaan terhadap minyak. Selain itu, harga emas telah melonjak sebanyak 0.57% ke $1,417.70 se troy auns berikutan dengan ketidakpastian pasaran yang telah mencetuskan permintaan yang lebih tinggi terhadap aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – GDP (QoQ) (Q1) 0.5% 0.5%
17:00 EUR -CPI (YoY) (Jun) 1.2% 1.2%
20:30 USD – Core PCE Price Index (MoM) (May) 0.2% 0.2%
20:30 USD – Personal Spending (MoM) (May) 0.3% 0.4%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Apr) 0.5% 0.1%
21:45 USD – Michigan Consumer Sentiment (Jun) 97.9 98.0
01:00 (29hb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 789

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 95.45. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 95.85.

 

Tahap rintangan: 95.85, 96.15
Tahap sokongan: 95.45, 95.10

 

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada garisan MA-20 (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-20 tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2710, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2655, 1.2610

 

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1355. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1395.

 

Tahap rintangan: 1.1395, 1.1435
Tahap sokongan: 1.1355, 1.1320

 

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada garisan MA-20 (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-20 tersebut.

 

Tahap rintangan: 107.85, 108.20
Tahap sokongan: 107.45, 106.80

 

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7000. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 0.7025.

 

Tahap rintangan: 0.7025, 0.7055
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6965

 

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6705. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pengunduran atau pemecahan pada tahap rintangan tersebut adalah diperlukan bagi pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.

 

 

Tahap rintangan: 0.6705, 0.6740
Tahap sokongan: 0.6665, 0.6635

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3095. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, lantunan atau pemecahan pada tahap sokongan tersebut adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.

 

 

Tahap rintangan: 1.3130, 1.3165
Tahap sokongan: 1.3095, 1.3050

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.9755. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9810, 0.9855
Tahap sokongan: 0.9755, 0.9705

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 59.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 58.25.

 

Tahap rintangan: 59.70, 60.50
Tahap sokongan: 58.25, 57.05

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1415.00. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan emas untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1415.00, 1440.00
Tahap sokongan: 1402.00, 1383.50