83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Jun 2023                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS meningkat berikutan data ekonomi yang kukuh.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berjaya mengekalkan kedudukannya selepas beberapa siri data ekonomi di AS menunjukkan beberapa tanda positif perkembangan ekonomi. Malam tadi, Biro Banci AS mencatatkan data Pesanan Barangan Tahan Lama Teras AS pada bacaan 0.6% untuk bulan Mei, lebih kukuh daripada jangkaan pasaran dan bacaan sebelumnya masing-masing pada -0.1% dan -0.6%. Ia menunjukkan bahawa tempahan baharu bagi barangan tahan lama perkilangan di AS terus mengukuh untuk bulan ketiga berturut-turut. Selain itu, Indeks Keyakinan Pengguna CB juga melonjak daripada bacaan bulan sebelumnya 102.5 ke 109.7 bulan ini, melebihi ramalan konsensus pada 104.0. Laporan itu menunjukkan bahawa pengguna di AS mempunyai pandangan yang lebih cerah untuk aktiviti ekonomi di AS. Selain itu, data perumahan AS yang termasuk Permit Bangunan dan Jualan Rumah Baharu juga mencatatkan keputusan yang lebih kukuh daripada jangkaan semalam. Dengan latar belakang sedemikian, ia menghapuskan kebimbangan pasaran mengenai risiko kemelesetan kerana data ekonomi ini menunjukkan bahawa ekonomi AS kekal berdaya tahan dan jauh daripada kemelesetan. Semasa penulisan, indeks dolar turun -0.10% ke 102.50.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -0.07% ke $67.85 setong kerana kenaikan kadar berterusan daripada bank pusat menjejaskan prospek pasaran ini. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.08% ke $1915.10 setiap troy auns berikutan banyak data yang positif telah dikeluarkan di AS semalam.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

21:30                     USD                        Fed Chair Powell Speaks

21:30                     EUR                        ECB President Lagarde Speaks

23:00                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -3.831M 1.415M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 103.00, 105.00

Tahap sokongan: 100.65, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2765. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2765, 1.2875

Tahap sokongan: 1.2635, 1.2525

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Resistance level: 1.1010, 1.1065

Support level: 1.0915, 1.0770

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 141.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 144.90.

 

Tahap rintangan: 144.90, 147.20

Tahap sokongan: 141.60, 139.00

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6675. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6675, 0.6565

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6150. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3175. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3245.

 

Tahap rintangan: 1.3245, 1.3330

Tahap sokongan: 1.3175, 1.3065

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.8980. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.8830.

 

Tahap rintangan: 0.8980, 0.9140

Tahap sokongan: 0.8830, 0.8670

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 70.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 66.50.

 

Tahap rintangan: 70.15, 73.90

Tahap sokongan: 66.50, 61.95

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan di 1939.75. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1889.55.

 

Tahap rintangan: 1939.75, 1951.60

Tahap sokongan: 1889.55, 1839.40