83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Ogos 2020                      Analisis Sesi Pagi

Dolar menyusut susulan dengan penyataan dovish dari Fed.

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyusut berikutan dengan penyataan yang dovish dari Bank Pusat AS semalam. Menurut kepada Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell, beliau menegaskan bahawa Bank Pusat AS akan terus melancarkan rangsangan ekonomi baru yang agresif untuk memberangsangkan kadar pekerjaan dan inflasi di Amerika Syarikat. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa Bank Pusat AS akan berusaha untuk mencapai sasaran inflasi rata-rata pada 2% sambil memastikan kadar pekerjaan tidak akan menyusut dengan ketara dalam jangka panjang. Untuk setakat ini, mereka akan tetap melancarkan pelonggaran dasar monetari sambil memantau risiko pertumbuhan global, lebih banyak rangsangan akan dijangkakan sekiranya beberapa peristiwa mendorong pertumbuhan ekonomi mereka lebih buruk daripada jangkaannya. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan semalam. A.S Pending Home Sales dan Gross Domestik Product (GDP) telah memberi bacaan sebanyak 5.9% dan -31.7%, yang kedua-duanya lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 3.0% dan -32.5%. Semasa penulisan, Indeks dolar telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.01% ke 92.95.

 

Bagi pasaran komoditi, semasa penulisan harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.08% ke $42.90 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan beberapa para pelabur masih khuatir bahawa peningkatan kes-kes koronavirus yang ketara di seluruh dunia akan terus menjejaskan permintaan pasaran ke atas minyak mentah. Sementara itu, para pelabur akan memberi fokus kepada perkembangan mengenai vaksin koronavirus untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.12% ke $1927.45 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

21:05                  GBP                    BoE Gov Bailey Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 CAD – GDP (MoM) (Jun) 4.5% 5.3%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Aug) 72.5 72.8

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 93.30. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 92.55.

 

Tahap rintangan: 93.30, 93.80

Tahap sokongan: 92.55, 92.05

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3250. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3155.

 

Tahap rintangan: 1.3250, 1.3340

Tahap sokongan: 1.3155, 1.3060

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1890. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1785.

 

Tahap rintangan: 1.1885, 1.2040

Tahap sokongan: 1.1785, 1.1710

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 106.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 107.35.

 

Tahap rintangan: 107.35, 108.40

Tahap sokongan: 106.40, 105.40

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7270. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7270, 0.7340

Tahap sokongan: 0.7240, 0.7200

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6625. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6690, 0.6735

Tahap sokongan: 0.6625, 0.6575

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3120. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3225, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3120, 1.2950

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9185. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9185, 0.9385

Tahap sokongan: 0.9005, 0.8795

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan terdahulu 43.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 42.65.

 

Tahap rintangan: 43.05, 43.40

Tahap sokongan: 42.65, 42.30

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1956.60. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap 1911.40.

 

Tahap rintangan: 1956.60, 2005.65

Tahap sokongan: 1911.40, 1867.70