28 September 2021 Analisis Sesi Petang
Euro menjunam susulan nada dovish dari ECB.
Mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal ditekan dan jatuh berikutan dengan isyarat dovish baru-baru ini dari ECB. Menurut kepada perkembangan terbaru, Presiden ECB Christine Lagarde mengulas semalam bahawa tahap inflasi di EU telah melebihi sasaran yang telah ditetapkan sebelumnya iaitu 2%. Namun, Lagarde menekankan bahawa kadar inflasi akan menurun dari tahap tinggi setelah harga minyak mentah kembali stabil dan masalah rantaian bekalan diselesaikan menjelang tahun depan. Pandangan yang diberikan oleh Lagarde lebih cenderung kepada nada dovish kerana ECB berkemungkinan akan meneruskan pelonggaran dasarnya selepas program pembelian bon dikurangkan mulai awal tahun depan. Sumber dalaman menyatakan bahawa ECB sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan program pembelian bon yang lebih ketat di mana setiap negara akan mempunyai kuota dan ia tidak termasuk Greece oleh disebabkan kedudukan kreditnya yang lemah. Pada masa penulisan, EUR / USD jatuh sebanyak 0.05% kepada 1.1692.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan keuntungannya dan melonjak sebanyak 0.56% kepada $75.81 setong semasa penulisan berikutan dengan prospek permintaan yang meningkat dan bekalan yang ketat. Dengan dunia terus memulih dari pandemik, permintaan minyak global dijangka boleh mencapai tahap pra-pandemik pada awal tahun depan, walaupun dengan kapasiti penapisan yang berlebihan mungkin membebani prospek, menurut kepada pengeluar dan pedagang dalam sebuah persidangan industri. Goldman Sachs juga meningkat ramalannya sebanyak $ 10 pada akhir tahun untuk minyak mentah Brent kepada $ 90 setong. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.05% kepada $1750.92 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah penurunan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
22:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Sep) | 113.8 | 114.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 93.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 93.70.
Tahap rintangan: 93.70, 94.20
Tahap sokongan: 93.10, 92.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3765.
Tahap rintangan: 1.3765, 1.3875
Tahap sokongan: 1.3605, 1.3460

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1705. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya kepada tahap sokongan 1.1625.
Tahap rintangan: 1.1705, 1.1800
Tahap sokongan: 1.1625, 1.1545

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 110.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 111.55.
Tahap rintangan: 111.55, 112.15
Tahap sokongan: 110.75, 110.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7235. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7335.
Tahap rintangan: 0.7335, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7235, 0.7150

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6990. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7075.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7145
Tahap sokongan: 0.6990, 0.6920

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2585. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2685, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2510

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.924. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9310.
Tahap rintangan: 0.9310, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9240, 0.9185

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 74.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 77.00.
Tahap rintangan: 77.00, 78.75
Tahap sokongan: 74.30, 72.45

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1749.95. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1785.80.
Tahap rintangan: 1785.80, 1806.85
Tahap sokongan: 1753.05, 1725.50