83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Oktober 2020                                Analisis Sesi Petang

 

Euro jatuh susulan dengan laporan mengenai sekatan penguncian.

Pada akhir sesi Asia, mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah mengalami tekanan yang ketara dan menjunam berikutan dengan laporan mengenai kemungkinan sekatan di Perancis untuk mengawal lonjakan kes koronavirus. Mengikuti perkembangan terbaru, Perancis telah melaporkan 523 kematian pada hari Selasa, jumlah yang tertinggi sejak April. Negara-negara EU lain seperti Itali dan Greece juga menyaksikan kes jangkitan mereka melonjak kepada rekod baru. Presiden Perancis dijadualkan akan memberikan ucapan di televisyen pada hari Rabu malam. Kandungan ucapannya masih tidak dapat dipastikan buat masa ini., tetapi ada laporan menyatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan sekatan dari tengah malam pada hari Khamis. Pada masa yang sama, negara Jerman juga mempertimbangkan rancangan untuk penguncian kerana sistem kesihatannya semakin runtuh. Pada masa penulisan, EUR/USD merosot sebanyak 0.17% kepada 1.1775.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal ditekan dan turun sebanyak 0.67% kepada $38.81 setong semasa penulisan berikutan dengan ketakutan terhadap COVID-19 dan bekalan yang berlebihan. Pandemik koronavirus masih membebani sentimen pasaran di mana beberapa negara seperti Eropah dan A.S. telah menolak prospek pemulihan mereka dengan lebih jauh disebabkan oleh kes yang meningkat. Pada masa yang sama, ketakutan terhadap bekalan berlebihan disebabkan oleh ladang minyak Libya dimulakan semula dan data terbaru dari API juga memberikan tekanan yang lebih lanjut terhadap komoditi. Sebaliknya, harga emas kekal stabil dan menokok sebanyak 0.03% kepada $ 1907.61 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan situasi COVID-19 yang semakin teruk terus menyokong permintaan untuk pasaran selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

23:15                     CAD                                        BoC Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30 USD – Crude Oil Inventories -1.001M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 92.70. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 93.50.

 

Tahap rintangan: 93.50, 94.10

Tahap sokongan: 92.70, 92.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3065. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3010.

 

Tahap rintangan: 1.3065, 1.3125

Tahap sokongan: 1.3010, 1.2935

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 1.1765.

 

Tahap rintangan: 1.1810, 1.1860

Tahap sokongan: 1.1765, 1.1705

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 104.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 104.10.

 

Tahap rintangan: 104.50, 104.90

Tahap sokongan: 104.10, 103.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata di bawah tahap rintangan 0.7140. Oleh disebabkan oleh kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7140, 0.7205

Tahap sokongan: 0.7075, 0.7010

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6725. MACD yang memaparkan isyarat bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6660.

 

Tahap rintangan: 0.6725, 0.6785

Tahap sokongan: 0.6660, 0.6610

 

.

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3245.

 

Tahap rintangan: 1.3245, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3175, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9090. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.9090.

 

Tahap rintangan: 0.9090, 0.9115

Tahap sokongan: 0.9065, 0.9035

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 38.55. MACD yang masih memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 39.30, 39.85

Tahap sokongan: 38.55, 37.95

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan d 1903.55. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan commodity ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1910.80.

 

Tahap rintangan: 1910.80, 1919.80

Tahap sokongan: 1903.55, 1896.60