28 Oktober 2021 Analisis Sesi Pagi
Paun menyusut susulan dengan kebimbangan inflasi berterusan.
Pound Sterling menyusut di tengah-tengah peningkatan risiko inflasi dalam pasaran kewangan U.K. selepas Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak mengumumkan penyata bajet berbilion-bilion terbarunya semalam. Menurut kepada CNBC, Sunak telah mengumumkan jumlah perbelanjaan jabatan akan meningkat sebanyak $207 bilion, mewakili peningkatan terbesar pada abad ini. Selain itu, beliau juga meningkatkan gaji nasional UK daripada £8.91 sejam ke £9.50 sejam. Ahli ekonomi menjangkakan bahawa rancangan belanjawan yang agresif tersebut akan mendorong kebanyakan perniagaan ini untuk menaikkan harga bagi menampung kenaikan gaji, yang selanjutnya meningkatkan kadar inflasi pada masa yang akan datang. Sehingga tahap ini, pakar ekonomi menjangkakan indeks harga pengguna U.K. akan meningkat kepada purata 4% pada tahun hadapan. Sementara itu, kadar inflasi yang tinggi berkemungkinan akan mencetuskan kesan negatif yang ketara terhadap nilai mata wang Paun Sterling. Namun begitu, para pelabur akan terus meamntau perkembangan mengenai penyataan dasar monetari masa depan daripada Bank Pusat U.K. untuk menjangkakan pergerakan ke atas Paun Sterling. Semasa penulisan, GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.08% ke 1.3735.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.10% ke $82.50 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan latar belakang data inventori bearish semalam. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak 4.267M, lebih tinggi daripada ramalan pasaran sebanyak 1.914M. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.02% ke $1797.15 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah para pelabur mengalihkan portfolio mereka ke arah aset selamat emas untuk melindung nilai terhadap risiko inflasi yang tinggi pada masa hadapan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentatif JPY BoJ Outlook Report (YoY)
19:45 EUR ECB Interest Rate Decision (Oct)
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Oct) | -30K | -20K | – |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Oct) | – | – | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q3) | 6.70% | 2.80% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 290K | 292K | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Sep) | 8.10% | 0.50% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 93.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 94.05, 94.50
Tahap sokongan: 93.50, 93.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3755. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3825, 1.3880
Tahap sokongan: 1.3730, 1.3665

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1680. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1530.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1875
Tahap sokongan: 1.1530, 1.1370

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 113.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 114.55, 115.40
Tahap sokongan: 113.45, 112.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7530. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7530, 0.7595
Tahap sokongan: 0.7435, 0.7380

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7155. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7240, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7110

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2295. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2440, 1.2525
Tahap sokongan: 1.2295, 1.2170

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9155. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9225, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9155, 0.9075

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 81.50. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 83.30, 85.85
Tahap sokongan: 81.50, 78.90

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1799.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1799.55, 1808.90
Tahap sokongan: 1787.55, 1778.15