28 Oktober 2022 Analisis Sesi Pagi
Greenback melantun apabila data ekonomi bertukar positif.
Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berjaya memulih daripada kerugiannya apabila data AS menunjukkan ekonomi terbesar dunia itu pulih lebih daripada jangkaan pada suku ketiga. Menurut kepada Biro Analisis Ekonomi, GDP AS mencapai 2.6% QoQ, lebih tinggi daripada ramalan konsensus pada 2.4%, menunjukkan gambaran ekonomi yang lebih optimis walaupun inflasi yang tinggi masih menjadi cabaran utama negara, sama seperti mana-mana negara lain di dunia. Malah, pertumbuhan GDP meningkat kerana defisit perdagangan yang semakin menurun dalam beberapa bulan yang lalu. Selain itu, peningkatan GDP ini juga berlaku disebabkan oleh pertumbuhan dalam perbelanjaan pengguna, perbelanjaan kerajaan dan pelaburan dari luar negara. Sungguhpun begitu, prospek ekonomi negara kekal kabur kerana kesan kenaikan kadar faedah dijangka akan datang tidak lama lagi, di mana eksport dijangka akan pudar, dan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan dalam negeri akan semakin hancur. Sebaliknya, data Tuntutan Pengangguran Permulaan AS mencapai 217K, lebih rendah daripada ramalan konsensus pada 220K, mencerminkan bahawa pasaran buruh AS kekal berdaya tahan. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.78% ke 110.55.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.05% ke $88.55 setong kerana data GDP AS menunjukkan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan, yang meningkatkan keyakinan pasaran terhadap prospek permintaan minyak. Selain itu, harga emas menyusut sebanyak -0.09% ke $1661.85 setiap troy auns berikutan pemulihan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
16:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q3) | 0.1% | -0.2% | – |
20:00 | EUR – German CPI (YoY) (Oct) | 10.0% | 10.1% | – |
20:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) (Sep) | 0.6% | 0.5% | – |
20:30 | CAD – GDP (MoM) (Aug) | 0.1% | 0.1% | – |
22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Sep) | -2.0% | -5.0% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 110.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 110.00, 111.70
Tahap sokongan: 107.90, 105.00
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tesebut.
Tahap rintangan: 1.1620, 1.1835
Tahap sokongan: 1.1470, 1.1300
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.0025. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.9900.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0130
Tahap sokongan: 0.9900, 0.9775
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 147.50. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 144.70.
Tahap rintangan: 147.50, 150.15
Tahap sokongan: 144.70, 141.65
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6530. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongandi 0.6400.
Tahap rintangan: 0.6530, 0.6730
Tahap sokongan: 0.6400, 0.6205
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.5770. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.5950.
Tahap rintangan: 0.5950, 0.6105
Tahap sokongan: 0.5770, 0.5560
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3700. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3500.
Tahap rintangan: 1.3700, 1.3880
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3350
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9840. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa pendek.
Tahap rintangan: 0.9935, 1.0050
Tahap sokongan: 0.9840, 0.9720
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 86.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 93.10.
Tahap rintangan: 93.10, 98.15
Tahap sokongan: 87.70, 81.45
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1660.90. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1677.80, 1695.25
Tahap sokongan: 1660.90, 1638.40