83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 November 2019                            Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melonjak susulan dengan tanda pemulihan ekonomi

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencapai tahap tertinggi dalam tempoh enam minggu berikutan data positif yang dikeluarkan di rantau Amerika Syarikat semalam. Dalam hari data ekonomi yang penuh, US Core Durable Goods Orders dan GDP masing-masing mencapai 0.6% dan 2.1%, lebih kuat daripada unjuran ekonomi 0.2% dan 1.9%. Data-data ini menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi AS telah memulih sedikit, dan ia perlu diperhatikan bahawa peningkatan dalam perbelanjaan pengguna dan eksport adalah komponen utama yang mendorong GDP menaik. Walau bagaimanapun, pasaran kini mula membimbangkan kebuntuan perjanjian perdagangan fasa 1 antara AS dan China, sama ada ia akan kekal tidak diselesaikan untuk tempoh yang panjang dan akhirnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Selain itu, berita awal hari ini menunjukkan bahawa Presiden Trump telah bersetuju dengan keputusan kongres dan menandatangani dua rang undang-undang yang menyokong pembantah Hong Kong . Trump mendedahkan bahawa dia menandatangani bil-bil ini daripada menghormati Presiden Xi, sementara dua negara masih berusaha keras untuk menyelesaikan isu perang perdagangan. Langkah tersebut dilihat sebagai mengusik hubungan antara China dan Hong Kong kerana AS mengganggu hal ehwal dalaman kedua dua negara ini. Semasa penulisan, indeks dolar menaik 0.06% ke 98.25.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh 0.21% ke $58.00 setong di tengah-tengah data EIA menunjukkan binaan dalam paras inventori minyak mentah AS pada 1.572 juta, manakala ahli ekonomi meramalkan penurunan 0.418 juta dalam paras inventori. Selain itu, penandatanganan baru-baru ini ke atas rang undang-undang Hong Kong meningkatkan ketegangan perdagangan dan meningkatkan ketidakpastian permintaan minyak mentah masa depan. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.13% ke $1455.85 setroy auns di tengah-tengah ketegangan perdagangan antara AS dan China.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Sehari                    USD                                        Thanksgiving Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan pada 98.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 98.20, 98.80

Tahap sokongan: 97.70, 97.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku pada tahap rintangan sebelumnya di 1.2865. MACD yang memaparkan signal bullish momentum mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2970.

 

Tahap rintangan: 1.2970, 1.3035

Tahap sokongan: 1.2865, 1.2820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1000. MACD yang memaparkan momentum bearish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1075, 1.1170

Tahap sokongan: 1.1000, 1.0930

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 109.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish bias mencadangkan pasangan ini untuk didagang denga lebih tinggi untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 109.80, 110.25

Tahap sokongan: 109.40, 109.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6770. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinya berjaya ditutup di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6810, 0.6840

Tahap sokongan: 0.6770, 0.6750

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6425. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6365.

 

Tahap rintangan: 0.6425, 0.6460

Tahap sokongan: 0.6365, 0.6325

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada garisan trend menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan seterusnya.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3395

Tahap sokongan: 1.3275, 1.3210

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9985. MACD yang memaparkan momentum bullish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan 0.9985.

 

Tahap rintangan: 0.9985, 1.0005

Tahap sokongan: 0.9945, 0.9915

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan 58.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 57.50.

 

Tahap rintangan: 58.55, 59.20

Tahap sokongan: 57.50, 56.80

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada paras yang lebih rendah. Oleh sebab kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki pasaran tersebut.

 

Tahap rintangan: 1458.70, 1471.65

Tahap sokongan: 1448.95, 1443.75