28 November 2019 Analisis Sesi Petang
Mata wang paun sterling melonjak susulan ramalan pilihan raya.
Mata wang paun sterling yang berbanding dengan dolar AS kekal melanjutkan kenaikannya semasa lewat sesi Asia susulan dengan ramalan daripada YouGov MRP. Tinjauan pendapat YouGov dengan model MRP adalah sangat dihormati oleh ramai dengan ramalan keputusan pilihan raya UK sejak mereka meramalkan parlimen yang digantung pada 2017. Menurut kepada tinjauan tersebut, YouGov meramalkan bahawa parti Tories akan kekal dalam majoriti dengan 68 kerusi. Selain itu, The Guardian dan The Times juga meramalkan parti Tories akan mempunyai majoriti besar ke atas Parti Buruh. Oleh itu, ramalan-ramalan tersebut telah meningkatkan jangkaan pasaran bahawa Konservatif akan memimpin dalam pilihan raya dan ia telah mencetuskan sentimen dalam pasaran serta menyebabkan para pelabur memasuki pasaran paun sterling. Oleh kerana pasaran dijangka akan senyap berikutan dengan Hari Kesyukuran, para pelabur akan terus menunggu untuk pemangkin selanjutnya bagi menentukan hala tuju yang lebih lanjut. Pada masa penulisan, GBP / USD telah meningkat sebanyak 0.08% kepada 1.2927 manakala indeks dolar menyusut sebanyak 0.04% kepada 98.20.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 0.50% kepada $ 57.83 setong semasa penulisan di tengah-tengah sentimen yang masih lemah dalam pasaran minyak selepas kenaikan yang tidak dijangka dalam inventorinya. Di samping itu, para pelabur juga bimbang terhadap prospek permintaan bagi minyak mentah susulan dengan A.S bercampur tangan dalam politik China. Seterusnya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.20% kepada $ 1457.19 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan ketidakpastian yang berterusan antara U.S dan China.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari USD Thanksgiving Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 98.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 98.25, 98.75
Tahap sokongan: 97.60, 96.95

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2965. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2965, 1.3180
Tahap sokongan: 1.2765, 1.2550

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0980. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1080, 1.1165
Tahap sokongan: 1.0980, 1.0900

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 109.20. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.55, 109.95
Tahap sokongan: 109.20, 108.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6755. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6790, 0.6820
Tahap sokongan: 0.6755, 0.6725

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6410. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6435, 0.6455
Tahap sokongan: 0.6410, 0.6390

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3265. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3325, 1.3375
Tahap sokongan: 1.3265, 1.3210

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9990. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9990, 1.0025
Tahap sokongan: 0.9940, 0.9885

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 58.00. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 57.10
Tahap rintangan: 58.00, 58.65
Tahap sokongan: 57.10, 56.30

GOLD_, H4: Harga minyak telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1452.35. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1477.40, 1492.35
Tahap sokongan: 1452.35, 1430.20