83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Disember 2020                             Analisis Sesi Pagi

Paun melonjak selepas UK dan Eropah telah mencapai konsensus mengenai perjanjian pasca-Brexit.

Paun Sterling telah melonjak pada sesi perdagangan awal Asia hari ini susulan dengan prospek positif terhadap perjanjian perdagangan mengenai pasca-Brexit, yang selanjutnya mencetuskan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di United Kingdom. Menurut kepada Aljazeera, United Kingdom dan Kesatuan Eropah telah mencapai konsensus dalam perjanjian perdagangan pasca-Brexit setelah berbulan-bulan melakukan rundingan yang menyiksa, menghindari prospek pengeluaran yang huru-hara dan mengerikan pada akhir tahun ini. Selain itu, Perdana Menteri UK Boris Johnson menegaskan bahawa kedua-dua pihak telah mencapai kesepakatan perdagangan terbesar, sementara mengulangi bahawa UK telah mengambil kuasa dalam alih kawalan undang-undang, perbatasan, dan perikanan. Tambahan pula, perjanjian perdagangan tersebut akan memastikan wilayah UK dan Eropah dapat terus berniaga tanpa tarif atau kuota, yang selanjutnya meningkatkan prospek positif ke atas perkembangan ekonomi di kedua-dua negara tersebut. Untuk setakat ini, Parlimen UK dijangkakan akan menandatangani perjanjian perdagangan pasca-Brexit sebelum 31 Disember 2020, ketika tempoh peralihan Brexit berakhir. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.13% 1.3565.

 

Bagi pasaran komoditi, pasaran minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.85% ke $47.85 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak menegaskan bahawa Rusia dijangkakan akan menyokong cadangan peningkatan pengeluaran minyak mentah dari OPEC+ mulai bulan Februari semasa sidang kemuncak pengeluar minyak global pada bulan depan. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.50% ke $1888.60 se troy auns semasa penulisan selepas Presiden AS Donald Trump enggan menandatangani rang undang-undang pelepasan Covid-19, yang mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil meningkatkan permintaan pasaran ke atas aset selamat emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 90.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 90.50.

 

Tahap rintangan: 90.50, 90.90

Tahap sokongan: 90.00, 89.55

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3520. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3620, 1.3750

Tahap sokongan: 1.3520, 1.3450

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2165. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2260, 1.2330

Tahap sokongan: 1.2165, 1.2075

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 103.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 103.30.

 

Tahap rintangan: 103.70, 104.05

Tahap sokongan: 103.30, 102.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan leibh tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7625. Namun, MACD yang memapakran momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7625, 0.7690

Tahap sokongan: 0.7510, 0.7425

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7110. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7111, 0.7165

Tahap sokongan: 0.7015, 0.6930

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2825. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2920.

 

Tahap rintangan: 1.2920, 1.2995

Tahap sokongan: 1.2825, 1.2765

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.8915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.8835.

 

Tahap rintangan: 0.8915, 0.8980

Tahap sokongan: 0.8835, 0.8755

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap soongan 47.60. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 48.45, 49.20

Tahap sokongan: 47.60, 46.25

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1879.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1895.40.

 

Tahap rintangan: 1895.40, 1906.20

Tahap sokongan: 1879.95, 1870.05