29 Januari 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS meningkat susulan data optimis.
Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya berbanding dengan enam mata wang utama yang lain berlatarbelakangkan data yang optimis dari AS. Menurut kepada US Commerce Department, Durable Goods Orders bagi bulan Disember meningkat sebanyak 2.4%, lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 0.4%. Namun, Core Durable Goods Orders yang tidak termasuk pesanan pengangkutan telah menyusut sebanyak -0.1%, tersasar daripada ramalan untuk meningkat sebanyak 0.2%. Data utama adalah “tidak tepat” oleh kerana majoriti daripada pesanan pada bulan lepas merangkumi pembelian pesawat pertahanan. Namun, Conference Board melaporkan bahawa Consumer Confidence Index telah meningkat ke 131.6, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 128.0. Keyakinan pengguna adalah data utama yang menentukan corak perbelanjaan pengguna dan peningkatan indeks tersebut akan memberikan sentimen positif bagi jualan runcit untuk tempoh masa yang akan datang. Untuk setakat ini, dolar AS masih berlegar berhampiran dengan paras tinggi sebulan sebelum pembebasan keputusan kadar faedah dari Bank Pusat AS pada pagi esok. Semasa penulisan, indeks dolar menokok sebanyak 0.01% ke 97.71.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.01% ke $53.92 setong. Niaga hadapan minyak telah melantun dari paras rendah selepas OPEC dilaporkan sedang mempertimbang untuk melanjutkan pelan pemotongan pembekalannya sehingga ke bulan Jun. Terdahulu, OPEC telah bersetuju untuk memotong pembekalan harian sebanyak 1.7 juta tong sehingga ke bulan Mac bagi membendung lebihan stok di dalam pasaran global. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.09% ke $1,567.21 se troy auns selepas para pelabur khuatir ke atas impak ekonomi dari wabak koronavirus China.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari China Spring Festival
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
03:00 USD FOMC Statement (30hb)
03:30 USD FOMC Press Conference (30hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – GfK German Consumer Climate (Feb) | 9.6 | 9.6 | – |
| 23:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Dec) | 1.2% | 0.5% | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -0.405M | 0.482M | – |
| 03:00 (30hb) | USD – Fed Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 97.90. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 97.90, 98.15
Tahap sokongan: 97.65, 97.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2970. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3055, 1.3135
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2920

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1050, 1.1080
Tahap sokongan: 1.1005, 1.0990

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 109.20. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.20, 109.65
Tahap sokongan: 108.50, 108.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6790, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6750, 0.6700

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6590, 0.6650
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6490

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3180, 1.3200
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3100

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9730, 0.9780
Tahap sokongan: 0.9670, 0.9615

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 54.20, 56.25
Tahap sokongan: 52.05, 49.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1580.00, 1598.80
Tahap sokongan: 1562.20, 1553.00