83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Januari 2021                Analisis Sesi Pagi

 

Dolar merosot berikutan dengan data ekonomi bercampur.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama menjunam selepas pelabur mencerna serangkaian data ekonomi bercampur yang diumumkan malam tadi. Menurut kepada Biro Analisis Ekonomi, GDP AS untuk suku keempat pada tahun 2020 berada pada 4.0%, selari dengan bacaan ramalan ekonomi tetapi lebih rendah daripada bacaan sebelumnya, menandakan kemerosotan ekonomi yang jelas di tengah wabak tersebut. Dengan gambaran besar, tahun 2020 adalah tahun yang buruk bagi Amerika kerana GDP tahunan AS menurun sebanyak 3.5% berbanding dengan tahun sebelumnya, dan ia adalah kemerosotan yang terburuk sejak tahun 1946. Selain itu, ia perlu diperhatikan bahawa pemulihan ekonomi AS masih dalam peringkat permulaan, negara masih jauh dari kegemilangan ekonomi pra-pandemik dan pertumbuhan ekonomi semasa tidak menunjukkan tanda-tanda berkembang pada masa ini. Namun, kerugian dolar terhad setelah AS mengumumkan data pekerjaan utama. Dalam minggu yang lalu, jumlah orang Amerika yang menuntut insurans pengangguran telah meningkat dengan kadar yang lebih lemah dari bacaan sebelumnya iaitu 914K ke 847K. Kebangkitan aktiviti pengambilan pekerja disumbangkan terutamanya oleh pemberian vaksin dan keyakinan majikan terhadap sokongan kewangan tambahan dari pentadbiran Biden. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.12% ke 90.55.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.10% ke $52.10 setong semasa penulisan susulan dengan peningkatan kebimbangan pasaran terhadap sekatan perjalanan dan kelewatan program vaksinasi akan menjejaskan permintaan pasaran minyak mentah. Di samping itu, harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke $1844.10 setroy auns di tengah kelemahan mata wang dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Unemployment Change (Jan) -37K 6K
17:00 EUR – German GDP (QoQ)(Q4) 8.5%
21:30 CAD – GDP (MoM)(Nov) 0.4% 0.4%
23:00 USD – Pending Home Sales (MoM)(Dec) -2.6% -0.1%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 90.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 90.25.

 

Tahap rintangan: 90.60, 91.10

Tahap sokongan: 90.25, 89.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3700. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3805.

 

Tahap rintangan: 1.3805, 1.3900

Tahap sokongan: 1.3700, 1.3620

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2120. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2155.

 

Tahap rintangan: 1.2155, 1.2205

Tahap sokongan: 1.2120, 1.2065

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 104.35. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 104.00.

 

Tahap rintangan: 104.35, 104.70

Tahap sokongan: 104.00, 103.70

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7665. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7735.

 

Tahap rintangan: 0.7735, 0.7770

Tahap sokongan: 0.7665, 0.7635

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7240.

 

Tahap rintangan: 0.7240, 0.7305

Tahap sokongan: 0.7165, 0.7090

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2790. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2790.

 

Tahap rintangan: 1.2865, 1.2930

Tahap sokongan: 1.2790, 1.2695

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran meningkat. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah garisan aliran.

 

Tahap rintangan: 0.8885, 0.8915

Tahap sokongan: 0.8855, 0.8820

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah garisan aliran meningkat. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 51.65.

 

Tahap rintangan: 52.60, 53.75

Tahap sokongan: 51.65, 50.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1842.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1861.05.

 

Tahap rintangan: 1861.05, 1871.90

Tahap sokongan: 1842.90, 1825.40