29 Mac 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melonjak susulan dengan peningkatan hasil AS.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berlegar pada paras tertinggi baru-baru ini di tengah-tengah para pelabur terus membuat spekulasi dengan jangkaan kenaikan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan, menyebabkan hasil bond Perbendaharaan AS melonjak ke paras tertinggi baru berbanding dengan beberapa tahun terdahulu. Menurut kepada Reuters, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS melonjak melebihi 2.5% kepada paras tertinggi tiga tahun, dengan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan mungkin akan melaksanakan kenaikan kadar faedah 50 mata asas pada bulan Mei untuk menstabilkan angka inflasi yang meningkat. Walau bagaimanapun, aliran keseluruhan untuk Dolar AS semalam kekal stabil berikutan dengan para pelabur pada masa kini masih menunggu data pekerjaan yang penting daripada Amerika Syarikat pada hari Jumaat. Sementara kini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai keputusan dasar monetari serta data ekonomi selanjutnya untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.34% ke 99.15.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.43% ke $105.36 se tong semasa penulisan di tengah-tengah pembetulan teknikal. Namun, aliran keseluruhan harga minyak mentah kekal bearish semalam susulan dengan kebimbangan terhadap gangguan permintaan selepas pelaksanaan dasar-dasar “lockdown” di China terus mengurangkan daya tarikan untuk komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak $1923.80 se troy auns setakat penulisan di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Mar) | 110.5 | 107 | – |
22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Feb) | 11.263M | – | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 99.35, 100.40
Tahap sokongan: 97.80, 96.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3195, 1.3285
Tahap sokongan: 1.3090, 1.3010
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0985. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1135, 1.1245
Tahap sokongan: 1.0985, 1.0895
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 125.55, 128.20
Tahap sokongan: 122.95, 119.90
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7525, 0.7595
Tahap sokongan: 0.7410, 0.7250
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6975, 0.7045
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6800
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9295. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9425, 0.9580
Tahap sokongan: 0.9295, 0.9115
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 105.80, 109.90
Tahap sokongan: 100.70, 97.15
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1944.55, 1973.00
Tahap sokongan: 1912.60, 1881.35