83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 April 2020                       Analisis Sesi Pagi

 

New Zealand Kiwi meningkat susulan data perdagangan.

Mata wang New Zealand Kiwi yang didagang terhadap dolar AS dan mata wang lain telah berjaya mendapatkan beberapa tawaran berikutan dengan data perdagangan New Zealand yang positif. Menurut kepada Statistik New Zealand, data Trade Balance telah meningkat dari $ 531M kepada $ 672M dengan bacaan sebanyak $ -3.46B berbanding $ -3.3B sebelumnya. Selain itu, import New Zealand juga meningkat dari $ 4.34B kepada $ 5.14B sementara eksport juga meningkat dari $ 4.87B kepada $ 5.81B. Mengikuti data-data tersebut, pasangan Kiwi telah menerima momentum positif sambil kekal bergerak dengan momentum positif sebelumnya. Selain itu, pasangan ini juga bersorak atas pemulihan New Zealand dari koronavirus. Menurut kepada laporan, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern telah menurun sekatan dari tahap 4 ke tingkat 3 pada hari Selasa, namun masih mendesak penduduknya untuk tinggal di rumah. Pada masa penulisan, NZD / USD telah meningkat sebanyak 0.18% kepada 0.6062.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.32% kepada $ 12.98 setong berikutan dengan pembebasan data stok API. Menurut kepada American Petroleum Institute (API), inventori minyak mentah telah menambah sebanyak 9.978 juta tong, lebih rendah daripada penambahan sebelumnya sebanyak 13.226 juta tong. Angka tersebut telah berjaya menarik para pembeli di tengah kekacauan yang terbaru yang disebabkan oleh ketakutan dalam kenaikan inventori dan menyebabkan isu kekurangan kapasiti penyimpanan. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.16% kepada $ 1705.76 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan pemulihan dolar dan peningkatan selera risiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   JPY                       Showa Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09.30 AUD – CPI (QoQ) (Q1) 0.2% 0.7%
20.30 USD – GDP (QoQ) (Q1) -4.0% 2.1%
22.00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Mar) -10.0% 2.4%
22.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 10.619M 15.022M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 99.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 100.90.

 

Tahap rintangan: 100.90, 102.00

Tahap sokongan: 99.60, 98.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2470. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.2215.

 

Tahap rintangan: 1.2470, 1.2645

Tahap sokongan: 1.2215, 1.2000

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.0820. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0905, 1.0995

Tahap sokongan: 1.0820, 1.0740

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 107.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 105.55.

 

Tahap rintangan: 107.10, 109.10

Tahap sokongan: 105.55, 103.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6445. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6445.

 

Tahap rintangan: 0.6660, 0.6770

Tahap sokongan: 0.6445, 0.6210

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6085. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6085, 0.6240

Tahap sokongan: 0.5930, 0.5780

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji thaap sokongan 1.3975. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.4260.

 

Tahap rintangan: 1.4260, 1.4550

Tahap sokongan: 1.3735, 1.3460

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9720. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9795, 0.9895

Tahap sokongan: 0.9720, 0.9600

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 10.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 15.00.

 

Tahap rintangan: 15.00, 19.35

Tahap sokongan: 10.00, 5.00

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1699.50. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1736.00.

 

Tahap rintangan: 1736.00, 1789.10

Tahap sokongan: 1699.50, 1667.00.