83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 April 2020                       Analisis Sesi Petang

Indeks dolar menyusut susulan dengan peningkatan selera risiko.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut susulan dengan penyebaran kes-kes koronavirus yang perlahan dari seluruh dunia dan juga beberapa langkah-langkah telah dicadangkan untuk membuka kembali ekonomi dari beberapa negara-negara telah meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset selamat seperti Dolar AS ke arah aset berisiko. Namun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai mesyuarat Federal Reserve A.S. yang akan dijalankan pada hari Khamis untuk menjangkakan pergerakan dalam Dolar A.S. Dari segi data, A.S. CB Consumer Confidence telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 118.8 ke bacaan sebanyak 86.9, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu 87.9, menurut kepada Conference Board. Data negatif tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di A.S., yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang lanjutnya ke atas pasangan Dolar AS. Sebaliknya, Dolar Australia telah melonjak pada hari ini selepas data yang positif dari rantau Australia dibebaskan. Menurut kepada Australian Bureau of Statistics, Australia Consumer Price Indeks (CPI) untuk bulan yang lepas telah memberikan bacaan sebanyak 0.3%, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 0.2%. Semasa penulisan, indeks dolar telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.19% ke 99.73 manakala AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.53% ke 0.6524.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 1.02% ke $13.83 se tong semasa penulisan. Menurut kepada Reuters, pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi pada hari ini susulan dengan prospek optimisme untuk permintaan minyak mentah selepas negara-negara seperti Eropah dan juga beberapa bandar A.S. telah memutuskan untuk melonggarkan dasar “lock-down”. Selain itu, walaupun simpanan minyak telah cepat terisi, Penganalisis Rystad Energy menegaskan bahawa pemotongan bekalan minyak mentah sebanyak 300,000 tong sehari untuk Mei dan Jun dari OPEC akan dapat melambatkan pengisian simpanan minyak. Sebaliknya, pasaran emas telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.13% ke $1703.69 se troy auns susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   JPY                                          Showa Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.30 USD – GDP (QoQ) (Q1) 2.1% -4.0%
22.00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Mar) 2.4% -10.0%
22.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 15.022M 10.619M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 99.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 100.85, 102.90

Tahap sokongan: 99.70, 98.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2435. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2520.

 

Tahap rintangan: 1.2520, 1.2620

Tahap sokongan: 1.2435, 1.2370

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 1.0830. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0940.

 

Tahap rintangan: 1.0940, 1.1025

Tahap sokongan: 1.0830, 1.0765

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 106.85. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 105.80.

 

Tahap rintangan: 106.85, 107.95

Tahap sokongan: 105.80, 104.65

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6460. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6705.

 

Tahap rintangan: 0.6705, 0.7005

Tahap sokongan: 0.6460, 0.6180

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6055. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan seterusnya.

 

Tahap rintangan: 0.6120, 0.6205

Tahap sokongan: 0.6055, 0.5995

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sbelumnya di 1.3980. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3790.

 

Tahap rintangan: 1.3980, 1.4105

Tahap sokongan: 1.3790, 1.3670

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan 50 MA (Biru). MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9745, 0.9795

Tahap sokongan: 0.9685, 0.9650

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 12.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 15.70.

 

Tahap rintangan: 15.70, 18.05

Tahap sokongan: 12.95, 10.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1711.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan  mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1711.25, 1726.05

Tahap sokongan: 1699.75, 1683.50