29 April 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menyusut berikutan dengan sentimen dovish.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut dengan ketara selepas Bank Pusat A.S. melepaskan nada dovish semasa mesyuarat FOMC. Seperti yang dijangkaka, Bank Pusat AS telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada 0 – 0.25% sambil berjanji untuk mengekalkan program Kuantitatif Pelonggaran sehingga sasaran pekerjaan dan inflasi tercapai. Ahli-ahli FOMC berusuha untuk mencapai sasaran pekerjaan dan kadar inflasi maksimum pada kadar 2% dalam jangka masa panjang. Dengan kadar inflasi sentiasa di bawah matlamat jangka panjang ini, Jawatankuasa menegaskan bahawa mereka akan bertujuan untuk mencapai inflasi secara sederhana di atas 2% untuk jangka pendek sehingga rata-rata inflasi menjadi 2% dari masa ke masa dan jangkaan inflasi untuk jangka panjang tetap bertahan pada 2%. Dari segi program pembelian bon, Bank Pusat AS akan terus mengekalkan pembelian bon dalam perbendeharaannya sekurang-kurangnya $80 bilion sebulan dan “mortgage-backed securities” sekurang-kurangnya $40 bilion sebulan. Walau bagaimanapun, Bank Pusat AS menegaskan bahawa mereka akan terus memantau implikasi matlamat untuk prospek ekonomi sambil berkomitmen untuk menggunakan pelbagai alat bagi memberangsangkan perkembangan ekonomi di A.S. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.34% ke 90.60.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.04% ke $63.75 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas data inventori minyak mentah yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak 0.090M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.659M. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.50% ke $1781.50 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Apr) | -8K | -10K | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q1) | 4.3% | 6.5% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 547K | 560K | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Mar) | -10.6% | 6.0% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 90.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 90.15.
Tahap rintangan: 90.75, 91.25
Tahap sokongan: 90.15, 89.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3910. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.4010.
Tahap rintangan:1.4010, 1.4135
Tahap sokongan: 1.3910, 1.3815

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2110. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2170.
Tahap rintangan: 1.2170, 1.2225
Tahap sokongan: 1.2110, 1.2060

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 108.55. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.20, 109.75
Tahap sokongan: 108.55, 108.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7805. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7805, 0.7880
Tahap sokongan: 0.7710, 0.7650

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7215. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7300.
Tahap rintangan: 0.7300, 0.7365
Tahap sokongan: 0.7115, 0.7140

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2300. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2385, 1.2470
Tahap sokongan: 1.2300, 1.2245

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9130. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9040.
Tahap rintangan: 0.9130, 0.9220
Tahap sokongan: 0.9040, 0.8925

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 64.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 64.15, 65.80
Tahap sokongan: 62.20, 60.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1768.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1792.45.
Tahap rintangan: 1792.45, 1810.50
Tahap sokongan: 1768.10, 1755.50