29 Jun 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun Sterling menyusut susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko.
Paun Sterling telah mencatat kerugiannya pada hari Jumaat yang lalu, mencapai tahap terendah dalam sebulan susulan dengan ketidakpastian Brexit telah mengurangkan permintaan pasaran ke atas pasangan tersebut. Selain itu, peningkatan yang ketara dalam kes-kes koronavirus telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang ketara ke atas aset berisiko seperti Paun Sterling. Menurut kepada Reuters, perunding Kesatuan Eropah Michel Barnier menegaskan bahawa UK dan EU masih belum mencapai konsensus mengenai kesepakatan pasca-Brexit, yang selanjutnya memberikan prospek negatif terhadap hubungan perdagangan di antara kedua-dua negara tersebut. Tambahan pula, kebimbangan mengenai gelombang kedua jangkitan koronavirus tetap berlaku selepas kematian yang akibat daripada wabak koronavirus telah mencapai setengah juta orang pada hari Ahad yang lalu. Pada masa kini, jangkitan koronavirus telah membunuh lebih daripada 500,000 orang sementara itu lebih daripada 10 juta orang telah dijangkiti oleh virus tersebut. Lebih daripada 4,700 orang akan meninggal dunia akibat jangkitan koronavirus, menurut kepada perhitungan Reuters berdasarkan purata dari 1hb hingga 27hb Jun. Walau bagaimanapun, para pelabur masih perlu memberikan pemantauan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus dan juga isu-isu Brexit untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan tersebut. Semasa penulisan, GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.09% ke 1.2341.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.25% ke $37.72 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah mencatat kerugiannya susulan dengan para pelabur masih khuatir terhadap gelombang kedua untuk wabak koronavirus di seluruh dunia. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.09% ke $1772.88 se troy auns susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales MoM | -21.8% | 19.7% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 97.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.60, 98.00
Tahap sokongan: 97.20, 96.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2325. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2405, 1.2500
Tahap sokongan: 1.2325, 1.2255

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1210. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1275, 1.1340
Tahap sokongan: 1.1210, 1.1170

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 106.80. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 107.45, 107.95
Tahap sokongan: 106.80, 106.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6965. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6965, 0.7120
Tahap sokongan: 0.6805, 0.6605

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6395. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6505, 0.6575
Tahap sokongan: 0.6395, 0.6320

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3690. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3690, 1.3805
Tahap sokongan: 1.3490, 1.3360

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9470. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9530, 0.9580
Tahap sokongan: 0.9470, 0.9435

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 39.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 37.15.
Tahap rintangan: 39.25, 40.35
Tahap sokongan: 37.15, 35.65

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1779.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1779.50, 1812.75
Tahap sokongan: 1727.50, 1680.35