29 Jun 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar didagang dengan rata menjelang data NFP.
Momentum perdagangan keseluruhan untuk Dolar AS kekal stabil menjelang laporan Nonfarm Payrolls yang akan dibebaskan pada hari Jumaat dari rantau A.S., yang akan menjejaskan keputusan untuk dasar monetari Bank Pusat A.S. Menurut kepada tinjauan pakar ekonomi Reuters, data Nonfarm Payroll A.S. dijangkakan akan melaporkan peningkatan sebanyak 690,000 pekerjaan pada bulan Jun, berbanding dengan 559,000 pada bulan Mei sementara kadar pengangguran akan menurun dari bacaan sebelumnya sebanyak 5.8% ke 5.7%. Sebelumnya, data inflasi yang lebih lemah daripada jangkaan pasaran pada minggu lalu telah mengurangkan kebimbangan mengenai Fed untuk mengetatkan dasar monetari, yang mencetuskan beberapa momentum bearish ke atas Dolar AS. Selain itu, Rizab Persekutuan Jerome Powell menegaskan bahawa kenaikan harga pengguna semasa hanya akan sementara, dan tidak akan menaikkan kadar faedah terlalu cepat hanya berdasarkan ketakutan akan datangnya kenaikan. Walaupun begitu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) telah memberikan perspektif yang berbeza mengenai pandangan dasar monetari mereka, pernyataan keseluruhan dari Fed tetap tidak jelas. Justerunya, ia adalah penting bagi para pelabur untuk terus memantau data ekonomi lebih lanjut untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.03% ke 91.90.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.05% ke $73.05 se tong semasa penulisan. Harga minyak telah didagang dengan lebih rendah di tengah peningkatan jumlah kes-kes Covid-19 di Asia telah mengurangkan daya tarikan ke atas komoditi tersebut. Menurut kepada berita terkini, Indonesia menghadapi kes tertinggi, Malaysia telah memperpanjang “lock-down” nasionalnya sementara Thailand mengumumkan sekatan baru di ibu kota Bangkok. Sebaliknya, harga emas telah didagang dengan rata pada $1778.30 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah para pelabur masih menunggu pemangkin selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Jun) | 117.2 | 119.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 92.35. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 92.35. 93.25
Tahap sokongan: 91.35, 90.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah semenetara kini menguji di tahap sokongan 1.3870. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3940, 1.3990
Tahap sokongan: 1.3870, 1.3790

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1955. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1955, 1.2065
Tahap sokongan: 1.1855, 1.1725

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 111.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 111.00, 111.55
Tahap sokongan: 110.35, 109.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7590. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7590, 0.7700
Tahap sokongan: 0.7465, 0.7365

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7120. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7300
Tahap sokongan: 0.6940, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2360. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2360, 1.2480
Tahap sokongan: 1.2275, 1.2165

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9165. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9235.
Tahap rintangan: 0.9235, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9165, 0.9095

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 72.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 73.75, 75.10
Tahap sokongan: 72.50, 71.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1793.95. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1764.75.
Tahap rintangan: 1793.95, 1814.00
Tahap sokongan: 1764.75, 1735.85