83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Julai 2020                       Analisis Sesi Pagi

Kebimbangan ekonomi di A.S., mencetuskan penjualan ke atas Dolar AS

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya selepas data ekonomi yang suram telah dibebaskan dari rantau Amerika Syarikat semalam. Menurut kepada Conference Board, A.S. CB Consumer Confidence telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 98.3 ke bacaan sebanyak 92.6, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 94.5, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di A.S. Selain itu, Dolar AS telah menerima momentum bearish yang lanjutnya selepas kes-kes koronavirus di A.S. telah melepasi sebanyak 4.3 juta, dengan hampir 150,000 orang terbunuh oleh virus tersebut di A.S. Peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak di A..S telah mendorong beberapa negeri-negeri A.S. untuk mengembalikan langkan pembukaan ekonomi semula, yang menyebabkan puluhan juta orang tidak bekerja. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai dasar monetari dan fiskal dari Bank Pusat A.S. untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Dengan latar belakang kes-kes koronavirus yang semakin meningkat yang meengancam prospek ekonomi A.S., para pelabur menjangkakan bahawa Federal Reserve akan memberikan penyataan yang lebih dovish semasa pertemuan FOMC. Semasa penulisan, indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.06% ke 93.65.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.24% ke $41.07 se tong semasa penulisan selepas data inventori minyak mentah telah dibebaskan. Menurut kepada American Petroleum Institute (API), A.S API Weekly Crude Oil Stock telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 7.544M ke bacaan sebanyak -6.829M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu -1.200M, yang memberikan prospek positif ke atas permintaan pasaran untuk komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.11% ke $1956.40 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Jun) 44.3% 15.3%
22:30 CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories 4.892M -2.088M
02:00

(30th)

USD – Fed Interest Rate Decision 0.25% 0.25%  

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Weekly: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 93.60. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 95.55, 97.65

Tahap sokongan: 93.60, 91.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2890. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3035, 1.3195

Tahap sokongan: 1.2890, 1.2720

 

EURUSD, Weekly: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1710. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersbut.

 

Tahap rintangan: 1.1710, 1.2035

Tahap sokongan: 1.1450, 1.1185

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 105.35. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 105.35, 106.40

Tahap sokongan: 104.35, 103.15

 

AUDUSD, Weekly: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7120. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7120, 0.7365

Tahap sokongan: 0.6815, 0.6505

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih inggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6625. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6690.

 

Tahap rintangan: 0.6690, 0.6735

Tahap sokongan: 0.6625, 0.6575

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3330. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3435.

 

Tahap rintangan: 1.3435, 1.3520

Tahap sokongan: 1.3330, 1.3245

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9170. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9365, 0.9520

Tahap sokongan: 0.9175, 0.9010

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 41.30.

 

Tahap rintangan: 41.30, 42.05

Tahap sokongan: 40.45, 39.95

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1906.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1976.35, 2015.40

Tahap sokongan: 1906.00, 1861.75