83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Julai 2020                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

 

Aussie meningkat berikutan dengan data CPI yang optimis.

Dolar Aussie yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah mendapat sokongan dan meningkat selepas pembebasan data CPI yang positif. Menurut kepada Biro Statistik Australia, data indeks harga pengguna berdasarkan dengan suku tahunan telah meningkat kepada -1.9%, sedikit lebih baik daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak -2%. Sementara itu, angka tahunan juga mencapai sebanyak -0.3% dan ia juga melepasi jangkaan pasaran sebanyak -0.4%. Pada masa yang sama, momentum ini juga disokong oleh kelemahan dolar AS kerana dolar AS gagal mendapatkan kembali keyakinan pembeli. Setakat ini, para pedagang tetap meragui para penggubal dasar AS sama ada dapat menandatangani pakej rangsangan koronavirus fasa 4. Keraguan tersebut juga disahkan dengan lebih lanjut oleh Speaker Dewan A.S., Nancy Pelosi, yang menyatakan bahawa kedua-dua Parti Republik dan pembangkang Demokrat masih jauh dari mencapai kesepakatan. Pada masa penulisan, AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.15% kepada 0.7168 sementara indeks dolar telah merosot sebanyak 0.03% kepada 93.58.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.04% kepada $40.98 setong semasa penulisan di tengah-tengah kebimbangan terhadap permintaan yang terus meningkat. Sebelum ini, data inventori positif dari API telah membantu komoditi untuk mendapatkan kembali sokongan. Namun, momentum tersebut tidak bertahan lama kerana pasaran masih bimbang terhadap prospek permintaan kerana pandemik COVID-19 yang mengamuk, justerunya ia mengehadkan kenaikan komoditi. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.11% kepada $1953.35 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan yang berterusan dalam dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Jun) 44.3% 15.3%
22:30 CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories 4.892M -2.088M
02:00

(30hb)

USD – Fed Interest Rate Decision 0.25% 0.25%  

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 93.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 94.40, 95.00

Tahap sokongan: 93.35, 92.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2960. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2885.

 

Tahap rintangan: 1.2960, 1.3055

Tahap sokongan: 1.2885, 1.2785

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang sokongan di 1.1695. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1775.

 

Tahap rintangan: 1.1775, 1.1830

Tahap sokongan: 1.1695, 1.1620

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 105.05. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 106.15, 106.95

Tahap sokongan: 105.05, 104.30

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 0.7115. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7295.

 

Tahap rintangan: 0.7295, 0.7555

Tahap sokongan: 0.7115, 0.7025

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6580. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke dalam pasaran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6755, 0.6920

Tahap sokongan: 0.6580, 0.6480

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3355. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3505, 1.3675

Tahap sokongan: 1.3355, 1.3210

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9170. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9220, 0.9265

Tahap sokongan: 0.9170, 0.9080

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah garisan aliran tersebut.

 

Tahap rintangan: 41.35, 42.50

Tahap sokongan: 40.10, 39.00

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1931.20. However, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1977.60, 2006.40

Tahap sokongan: 1931.20, 1900.50