29 Ogos 2022 Analisis Sesi Pagi
Jerome Powell memberi isyarat pelan kenaikan kadar yang agresif akan diteruskan.
Indeks dolar, yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama, melanjutkan keuntungannya dengan langkah besar sebelum pasaran menamatkan sesi dagangan pada hari Jumaat apabila Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell berikrar bahawa kenaikan kadar agresif akan diteruskan pada masa ini. Semasa Simposium Jackson Hole, Jerome Powell akhirnya telah memberikan pandangannya yang telah lama ditunggu-tunggu mengenai pelan kenaikan kadar, di mana beliau berkata bahawa tugas bank pusat untuk menyejukkan ekonomi yang terlalu panas belum selesai, mencerminkan bahawa Fed tidak akan berundur daripada meningkatkan kadar faedah secara agresif. Selain itu, Jerome Powell memberi amaran bahawa, “untuk memulihkan kestabilan harga, ia berkemungkinan memerlukan mengekalkan dasar monetari yang ketat untuk beberapa waktu kerana rekod sejarah telah memberi amaran bahawa bank pusat tidak harus melonggarkan dasar terlalu awal.” Powell juga mendedahkan bahawa ekonomi memerlukan lebih banyak kenaikan kadar, dengan “satu lagi kenaikan luar biasa besar” masih di atas meja untuk mesyuarat seterusnya. Berikutan kenyataan hawkish daripada Pengerusi Fed, kemungkinan kenaikan kadar 75 mata asas dalam mesyuarat September akan datang telah melonjak daripada bacaan minggu sebelumnya sebanyak 47.0% ke 61.0%. Semasa penulisan, indeks dolar naik 0.18% ke 109.00.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.02% ke $92.77 setong di tengah-tengah pendirian yang hawkish daripada Pengerusi Fed yang berhubung pelan kenaikan kadar itu memburukkan lagi kebimbangan pelabur terhadap risiko kemelesetan. Selain itu, harga emas susut -0.16% kepada $1735.20 setiap troy auns berikutan kenyataan hawkish daripada Jerome Powell.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day GBP United Kingdom – Bank Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 108.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya menutup di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 108.50, 109.65
Tahap sokongan: 107.85, 107.15
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1835. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1620.
Tahap rintangan: 1.1835, 1.2035
Tahap sokongan: 1.1620, 1.1485
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9915. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0075
Tahap sokongan: 0.9915, 0.9815
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 138.00. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 138.00, 139.35
Tahap sokongan: 136.65, 135.25
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6860. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6985, 0.7115
Tahap sokongan: 0.6860, 0.6725
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6140. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6050.
Tahap rintangan: 0.6140, 0.6245
Tahap sokongan: 0.6050, 0.5925
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3050. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3050, 1.3135
Tahap sokongan: 1.2985, 1.2925
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9675. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya berjaya menutup di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9675, 0.9750
Tahap sokongan: 0.9590, 0.9520
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 93.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 93.15, 96.00
Tahap sokongan: 90.35, 87.85
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1729.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1770.05, 1783.20
Tahap sokongan: 1729.25, 1707.90