29 Oktober 2020 Analisis Sesi Pagi
Dasar “lock-down” terbaru, Euro menyusut ke paras terendah dalam 1 minggu.
Pasangan EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya dengan ketara ke paras terendah satu minggu di tengah-tengah berita mengenai dasar “lock-down” di Jerman dan Perancis untuk mengekang kenaikan mendadak jangkitan Covid-19, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di Eropah sambil mencetuskan momentum bearish yang ketara ke atas mata wang Euro. Menurut kepada Reuters, Jerman telah memutuskan untuk menutup bar dan restoran selama sebulan dan Perancis bersedia untuk mengetatkan kawalan pergerakan. Di bawah langkah-langkah baru Perancis yang berkuat kuasa pada hari Jumaat, penduduk Perancis akan diminta untuk tinggal di rumah kecuali untuk membeli barang keperluan, mendapatkan bantuan perubatan atau bersukan selama satu jam sehari. Selain itu, pekerja Perancis akan dibenarkan bekerja sekiranya majikan mereka menganggap mustahil bagi mereka untuk melakukan pekerjaan dari rumah sementara sekolah akan tetap terbuka. Serangkaian langkah baru untuk memerangi wabak koronavirus dari rantau Eropah telah mendorong aset berisiko di seluruh dunia menyusut dengan ketara di tengah-tengah para pelabur menjangkakan bahawa langkah-langkah tersebut akan terus mendorong ekonomi global tahun ini ke dalam kemelesetan terdalam generasi. Semasa penulisan, EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.02% ke $1.1745.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.10% ke $37.60 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah menyusut dengan ketara semalam susulan dengan para pelabur khuatir bahawa dasar-dasar “lock-down” terbaru dari Eropah dan juga peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak akan terus mencetuskan prospek negatif ke atas permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.05% ke $1878.70 se troy auns semasa penulisan susulan dengan para pelabur mula menjual komoditi emas sambil menukarnya menjadi wang tunai untuk mengelakkan panggilan margin daripada bank berikutan kemalangan pasaran ekuiti global semalam.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentative JPY BoJ Outlook Report
Tentative JPY BoJ Press Conference
21:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Oct) | -8K | -5K | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q3) | -31.5% | 31.9% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 787K | 775K | – |
| 20:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision | 0.00% | – | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Sep) | 8.8% | 4.5% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 93.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 93.45, 94.00
Tahap sokongan: 93.00, 92.45

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2940. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3010.
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3065
Tahap sokongan: 1.2940, 1.2895

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1765. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1765, 1.1810
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1665

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 104.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 105.25, 106.70
Tahap sokongan: 104.25, 103.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7030. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7085.
Tahap rintangan: 0.7085, 0.7135
Tahap sokongan: 0.7030, 0.7005

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6655. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6655, 0.6690
Tahap sokongan: 0.6620, 0.6580

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3315. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3420
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3205

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9090. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9150, 0.9195
Tahap sokongan: 0.9090, 0.9035

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 36.95. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 37.85.
Tahap rintangan: 37.85, 38.95
Tahap sokongan: 36.95, 36.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1874.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1891.60, 1907.85
Tahap sokongan: 1874.55, 1853.90